hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
google ads |
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita
semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu
Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca
Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang
nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10
pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri
bukan diciptakan manusia)
Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk
Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik
ringkas, kita dapat tau muka surat
setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Sumber~Email
Notacmot~ Menarik Bukan??