hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat
dan dilindungi allah selalu...
google ads |
okeh....moh kite sambung celoteh balik..
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat
popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang
mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini
kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah
melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka
pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW
dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan
yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu
:-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang
wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul
pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti
gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau
dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul
masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib
termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan
lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa
Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa
amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat
lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi
semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.
Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam
menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di
jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal.
Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak
menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى
يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa
Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim,
no 101)
4. Amalan
wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan
mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya
kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat
puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah
menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan
bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini
kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala
al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil
Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak
boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib
al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh
Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana
berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti
dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa
ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past
tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang
belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah
mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi
seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah
penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya
seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa
lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk
Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul
Afkar, hlm 103).
google ads |
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat
sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas
ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib
(qadha) daripada sunat (syawwal);
Sumber~email
Notacmot~hhmmmm...