♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.
Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

01 December, 2022

CMa Hiking : Mirror Lake, Shah Alam

 Assalammualaikum & Hai..

Hari Ahad lepas,
Sempat le cma g hike ke Mirror Lake yg terletak di Shah Alam tu..
Tempat ni Famous juga. Cuma seorang CMa je yg baru berkesempatan menjejakkan kakinye ke sini.
hahaha..

Masuk ikut Bukit Bandaraya. dan banyakkkkkkkkkk cabang trail kat sini. boleh tembus bukit sapu tangan dan bukit cherakah juga. Total Distance cma hari tu 6km jgk return. pacak manjah2 boleh tahan buat trenin kaki..aaa gittchewww..

Thanks jejai & the geng angkut si sipotbebi ni sekali.
uols kalu nk santai2 hike or training boleh la ke sini. 
suitable for beginners & kids friendly too..

Sekian..















keyword search : Mirror Lake, Shah Alam, Bukit Sapu Tangan, Bukit Bandaraya, Bukit Cerakah

14 July, 2022

CMa Hiking : Baha, Ayam, Stong (BAS)

 Assalamualaikum & Haii..

Alhamdulillah... 
Dengan Izin Allah. Sis berjaya Summit 3 Puncak.
Trip yang dikenali sebagai Trip BAS. Terletak di Gunung Stong, Dabong Kelantan.
Trip ini semakin dikenali kerana Puncak Setiap Hanya bersebelahan diantara satu sama lain.
Ada yg memilih untuk ke Gunung Stong Shj, Baha Shj Atau Ayam Shj. Dan Ada Juga Yg Memilih untuk Melepak Di Kem Baha Sahaja. Hahaha.. Takpe, Janji Jgn Pewai @ Barai..

Gunung Baha 1450m,
Gunung Ayam 1550m,
Gunung Stong 1422m

🐾
: Simpan Sini Buat Kenangan..🔏
Bucket List Unlocked 🔓

1st-3rd July2022 (3d 2n)
Dabong, Kelantan
Trip By : Silver Outdoor Sports
Gogo: Faizal (JeJai)





Pic dari bawah. tinggi bethol dia

















Nota Kaki : Alhamdulillah.
Diantara Gunung Idaman. Air Terjun Stong Sangat Cantik. Pengalaman Ontrek Malam. Sampai Kemsite Pkl 12:30am. Lepastu Mandi Pukul 1Pagi Berbumbungkan Stargazing maha Cantik. Jelas Sebijik² Bertaburan Bintang² Dilangit. Tp Sbb X Bwk HP. Simpan Dlm Kepala je La Moment Tu. Kali Ni Tak Allergies Sungai. Elok Bdn X Gatai² . Trek Roller Coaster. Best Sbb Nak 💩Ada Jamban. Xyah Korek Tanah. Hahah

#GunungStong #BahaAyamStong #Julai2022 #DabongKelantan #JelawangKelantan #SosAdventure #KeepHereForMemories #CMaTakesGunungStong Hiking,CMa Mendaki, Gunung Stong, Gunung Baha, Gunung Ayam, Trip BAS, Dabong Kelantan, Jelawang Kelantan, Kelantan, SOS Adventure,

23 June, 2022

CMa Hiking : G12 Pula? Apa Maksudnya G12 Ni?

Assalamualaikum & Hai...

GUNUNG G12
Gunung G12 Pun Ade? Ape Pulak G12 Ni?
Ha… Meh CMa Nak Share,
G12 Pula Merupakan Gabungan G7 (Semenanjung) Dan 5 Lagi Gunung Yang Tinggi Di Sabah Dan Sarawak Iaitu :
  • Gunung Kinabalu [SABAH] (13,455 Kaki)
  • Gunung Trusmadi [SABAH] (8,669 Kaki)
  • Gunung Tambuyukon [SABAH] (8,462 Kaki)
  • Gunung Murut [SARAWAK] (7,946 Kaki)
  • Gunung Mulu [SARAWAK] (7,795 Kaki)
Jadinya Senarai Gunung G12 Mengikut Ketinggian :-

SABAH DAN DARAWAK

1. Gunung Kinabalu, Sabah - 4,095m.
2. Gunung Trusmadi, Sabah - 2,642m.
3. Gunung Tambuyukon, Sabah - 2,579m.
4. Gunung Murud , Sarawak - 2,422.
5. Gunung Mulu, Sarawak - 2,376.

SEMENANJUNG MALAYSIA
6. Gunung Tahan, Pahang - 2,187.
7. Gunung Korbu, Perak - 2,183.
8. Gunung Yong Belar , Sempadan Perak-Kelantan - 2,181m.
9. Gunung Gayong, Perak - 2,173m.
10. Gunung Chamah, Kelantan - 2,171.
11. Gunung Yong Yap , Sempadan Perak-Kelantan - 2,167m.
12. Gunung Ulu Sepat, Sempadan Perak-Kelantan - 2,161m.


Dah Mcm Belajar Geog Plak Ek.. Hahahaha..
Tak Kisahlah, Atleast Tau La Jugak Pekebendenye G7, G7-11, G12 Tu...


Hiking, Gunung G7-G11, Gunung G11, Gunung Tertinggi Malaysia, Apa Itu Gunung G7-G11, Trip G7-G11, G12, Gunung G12, Apa Itu Gunung G12,

22 June, 2022

CMa Hiking : Apa Pula Maksudnya Gunung G7-G11 Tu?

 Assalammualaikum & Hai..

GUNUNG G7-G11
Bertemu Lagi Dalam Rancangan.........
Apekebendenye Itewwwwww....?
Achewahhh..
Aritu Terbaca Pasal Gunung G7-G11. Ingatkan SebenEleben (7-11) Ye. Tapi bukan..Wujud Rupanya Gunung Ni. Kategeori Hadkurrr (Hardcore) Pun Ya Juga.
Gunung G7-11 Pulak?
Apekebendenye Gunung G7 - G11 Tewwww?
Ha... Ni Pun CMa Baru Tau Gak.. HAHAHAHA.. 
G7-11 Bermaksud Gunung Yang Memerlukan Pendaki Melalui 4 Gunung.
G7-11 Ialah Gabungan 7 Gunung Yang Tingginya Melebihi 7,000 Kaki Di Semenanjung Malaysia Dan 4 Lagi Gunung Yang Hampir 7,000 Kaki Iaitu:-
  • G. Batu Putih (6,990),
  • G. Irau (6,924)
  • G. Benum (6,914)
  • G. Gerah (6,898) 
Trip Yang Dianggap Hadkurr (Hardcore) Ini Memerlukan Sekurang-kurangnya 4Hari 3Malam Ekpedisi
Peh... Hebat Bethol..
CMa Nak Join? Tak Mungkinnnnnn....😢😢

Hiking, Gunung G7-G11, Gunung G11, Gunung Tertinggi Malaysia, Apa Itu Gunung G7-G11, Trip G7-G11,

21 June, 2022

CMa Hiking : Gunung G7? Apa Kebendanya Tu G7?

Assalammualaikum & Hai..
G7 SEMENANJUNG MALAYSIA
Hiking Oh Hikingggg
Semenjak Cma Terjebak Dgn Dunia Hiking Ni Kan, Rajin Jgk Jari Jemari Mengugel Sana Sini Pasal Hiking, Pasal Gear, Pasal Trek, Lagi2 Sebelum Memulakan Trip. Kadang Tu Seronok Baca Pengalaman Yang Diorg Dah Lalui Dan Rasa’ Kesenangan’ Trek Yg Dh Didaki Tu.
[Hehehehe]
 
Ni Cma Share Maksud G7

G7 = 7 Gunung (Gunung 7) Yang Tertinggi Di Semenanjung Malaysia.
6 Di Banjaran Titiwangsa, 1 Di Banjaran Tahan (G.Tahan). Titiwangsa Ni Dikenali Sebagai Tulang Belakang Semenanjung Malaysia. Ketinggian Semuanya Adalah 7 Ribu Kaki Ke Atas Dengan Meter Tinggi 2 Ribu Ke Atas.
 
G7 Ikut Level Ketinggian Masing2 :
 
1.GUNUNG TAHAN
Ketinggian: 2,187m (7,175 Kaki)
Lokasi: Taman Negara
Taman Negara Terletak Di Tengah-Tengah Taman Negara, Gunung Tahan Adalah Puncak Tertinggi Di Semenanjung Malaysia Dan Pahang, Menjadikannya Ciri Utama Dan Tarikan Taman Yang Bersempadan Dengan Tiga Negeri Pahang, Kelantan Dan Terengganu.
Ia Adalah Satu-Satunya Gunung G7 Yang Tidak Berada Di Banjaran Titiwangsa, Tetapi Di Banjaran Tahan Yang Selari Banjaran Titiwangsa Kira-Kira 97km Ke Barat.
Terdapat Tiga Laluan Ke Puncak, Sama Ada Dari Pintu Masuk Sungai Relau, Merapoh Atau Jeti Kuala Tembeling, Kuala Tahan: 
  • Kuala Tahan-Kuala Tahan (7 Hari)
  • Trans Tahan: Merapoh-Kuala Tahan Atau Kuala Tahan-Merapoh (8 Hari)
  • Merapoh-Merapoh (5 Hari) 
2.GUNUNG KORBU
Ketinggian: 2,183m (7,162 Kaki)
Lokasi: Hulu Kinta, Perak (Kira-Kira 25km Dari Ipoh)
Pada Ketinggian 2,183m Dari Aras Laut, Gunung Korbu Mengambil Kedudukan Sebagai Puncak Tertinggi Banjaran Titiwangsa Dan Di Perak. Terkenal Dengan Tali Dan Tangga Besi Yang Tidak Berkesudahan Ditempat Yang Dikenali Sebagai Tembok Cuban, Iaitu Tebing Menegak Berhampiran Yang Mesti Dilalui Pendaki Untuk Mendaki Korbu, Gunung Ini Bukan Untuk Mereka Yang Mempunyai Acrophobia (Atau Ia Adalah Cara Terbaik Untuk Menakluki Anda Takut Akan Ketinggian)! Setelah Melepasi Bahagian Ini, Terdapat 2 Puncak Tipu Untuk Didaki Sebelum Sampai Ke Puncak Korbu. 
 
 
GUNUNG YONG BELAR
Ketinggian: 2,18 M (7,165 Kaki)
Lokasi: Sempadan Kelantan-Perak Yong Belar Ialah Puncak Tertinggi Di Kelantan Dan Ia Boleh Diakses Melalui Dua Cara: Hanya 8km Dari Gunung Korbu, Pendaki Tegar Akan Mencuba Ekspedisi Dikenali Sebagai Trans Titiwangsa V1, Yang Membawa Mereka Melalui Puncak Korbu, Gayong, Dan Yong Belar Sebelum Berakhir Di Lembah Biru Cameron Highlands. Kebanyakan Pendaki Boleh Melengkapkan Yong Belar Dalam 2 Hari 1 Malam. Sesetengah Hikers Padu Buat Daypack Jer.

3.GUNUNG GAYONG
Ketinggian: 2,173m (7,129 Kaki)
Lokasi: Antara Dua Gunung Untuk Sampai Ke Gayong, Anda Dikehendaki Mendaki Sama Ada Gunung Korbu Atau Gunung Yong Belar Kerana Gunung Ini Terletak Betul-Betul Di Tengah-Tengah Dua Gunung Ini. Dari Korbu, Teruskan Pendakian Anda Ke Puncak Gayong Selama Kira-Kira Sejam Melalui Rabung Rata Yang Menghubungkan Kedua-Dua Gunung.
 
5.GUNUNG CHAMAH
Ketinggian: 2,171m (7,123 Kaki)
Lokasi: Sudut Barat Laut Kelantan Terletak Di Antara Pergunungan Taman Negeri Gunung Stone, Kelantan Dan Taman Negeri Royal Belum, Perak, Gunung Chamah Merupakan Sebahagian Daripada Koridor Antara Lower Belum Di Perak Dan Lembah Nenggiri Di Kelantan. Disebabkan Lokasinya Yang Terpencil Di Kawasan Yang Kebanyakannya Belum Diterokai, Laluan Yang Menuju Ke Puncak Chamah Melalui Jalan Becak & Hutan Hujan Dara Yang Tebal Dan Mungking Akan Melihat Gajah Dan Tapak Kaki Harimau.

6.GUNUNG YONG YAP
Ketinggian: 2,168m (7,113 Kaki)
Lokasi: Sempadan Perak Dan Kelantan Jika Dilihat Dari Jauh, Yong Berbentuk Piramid. Dari Dekat, Menuju Ke Puncaknya, Anda Berhadapan Dengan Cerun Yang Sangat Curam Kerana Topografi Piramidnya. Oleh Itu, Bukan Sesuatu Yang Luar Biasa Untuk Pergi Dengan Keempat-Empat Anggota Badan Untuk Merangkak Di Bawah Batang Pokok Yang Tumbang, Serta Apabila Anda Naik Ke Puncak Seperti Labah-Labah, Ketika Menjejaki Denai Yong Yap. Gunung Ini Biasanya Dilakukan Bersama Dua Gunung Lain, Dikenali Sebagai YYBTN (Akronim Untuk Yong Yap- Bubu-Tok Nenek) Ekspedisi, Yang Mengambil Masa Antara 2-4 Hari Bergantung Pada Tahap Kecergasan Anda.
7.GUNUNG ULU SEPAT
Ketinggian: 2,161m (7,090 Kaki)
Lokasi: Sempadan Perak Dan Kelantan Gunung Ulu Sepat Terletak Di Dalam Hutan Royal Belum Berhampiran Tasek Temenggor, Bersebelahan Dengan Gunung Chamah, Yang Menjadikannya Terpencil Seperti Gunung Terakhir. Perjalanan Ke Denai Ulu Sepat Yang Terletak Di Pos Kemar Sudah Menjadi Satu Pengembaraan Dengan Sendirinya, Termasuk Gabungan Menaiki Bot Dan 4wd. Mula-Mula, Anda Menaiki Bot Dari Jeti Banding Ke Jeti Pos Kemar (2 Jam), Dan Kemudian Menaiki 4wd Untuk Ke Trailhead Di Pos Kemar.

InsyaAllah......
Ikut Pada Target & Keinginan Hati Ni, Nak Cuba Rasa  Dan 'Khatam' Kesemua 7 Gunung Ni Sebelum Umur 40 (Pencen Dah kot). Hahahahahaha..
Doakan CMa Yer...😉😉😉

Gambar Dan Isi Adalah Hak PEMILIK ASAL 

Gunung G7, G7, G7-G11, Gunung Tertinggi Semenanjung Malaysia, Maksud Gunung G7, Kesukaran Gunung G7, Apa Itu G7