♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh Dua. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

30 September, 2020

CMa Hiking : Gunung Angsi Via Bukit Putus (BP) 1.2 Load Training 28.9.20

Salam & Hai..

Semalam Sis Cuti, Gegeh La Sis Ikut Gogo Kak Liza The Siputz Queen Pegi Training Load Ke Gunung Angsi.
Kali Ni Sis Timbang Beg Dalam average 18.9kg Gitteww..
Kak Liza Pulak bawa 20kg load. Tapi Disebabkan Beliau Baru Je Load Training kaw2 Sabtu Lepas, So Hari ni, Lipak sampai bukit ke 3 jer..peh tu beliau pun turunn..

Maka sis sengsorang membawa diri keatas hew hew
Seronoknye pegi time weekdays ni sebab tak sesak dan tak ramai orang,
Sampai je peak tu, nah, ko sorang buleh pose nk buat stail apa.

Tugu peak tu kau yg punya. Pondok pun buleh kuak lentang kat situ.
jkjkjkjk.Klu g time weekend, harap maklum lah macam ada sale dalam hutan tu woi..

Hahahahah..

btw, Trek Gunung Angsi adalah diantara trek gunung yg paling sesuai utk beginners.
Landaiiiiiiii sepanjang jalan. cuma ada pacak tu pun sikit ajo.
ada tandas, surau, parking.

oh ye kalau nak masuk sini make sure beli permit dulu ye. RM5 jer. dan tak perlu guide untuk masuk.








Lepas abeh hiking, perot lapo mintak diisi. maka singgah la kami makan ke Zaini Salai House. Alhamduliilah Sodapppp

 
#SimpanSiniBuatKenangan
till then, babaiiiii


29 September, 2020

CMa HikinG : Bukit Besi Trailhead Cheras Load Training 27.9.20

Salam & Hi.
Hari Ahad Lepas Saja Try Test Hiking Trail Baru.

CMa carry load juga kali ni. berat load lebih kurang 35kg. Berat betul ek? Itulatu. guna penimbang Digital beli kat Sports Direct Tempoh hari, itulah sukatannya.

kali ni pegi ngan anak bujang den. Jenuh jugaklah nak mengajak. nasib baik dia mau. sbb penah ada kenangan pahit kat Bukit Gasing tu yg dia macam serik nak follow. bhahaha.

Alhamdulillah.. selamat naik, selamat summit, selamat turun. punyala seronok dia sbb berjaya. tapi tu lah. sepanjang perjalanan tu, potpet aje mulutnya.

'Bila nak sampai ni umi?'
'Jauh lagi ke umi?"
"kenapa tak ramai orang umi?"
'kenapa orang tu ikut jalan lain umi?"

adehh nak.. dengan penatnye. memang letih nk melayan tiap2 kali tanya.
okeh. trail ni pun best buat nyedap training. tak tinggi mana tak jauh mana, tak pacak mana. beshe2 jugak. trail orang tua bak kata pakcik tu. hahaha..
terletak di cheras. klu dari pj lebih kurang 12-20minit perjalanan.




#SimpanSiniBuatKenangan
Till Then, babaiiiii


23 September, 2020

CMa HikinG : Bukit Wawasan Puchong Hiking Trail 21.09.20

Salam & Hi!!
Jeng Jeng!
Lepas jer Turun Dari Denai Tiga Puteri Tu Kan, CMa terus shoot ke Puchong Pulak.
Since Hari tu Memang Tak Buat mende, so Angkat sauh!.
muehehehe
Dimulakan dengan Lafaz Basmilllah mohon keberkatan dan keselamatan,
CMa pun melangkahkan kaki memanjat...
Haredang Haredang Haredang,
Paneh Paneh Paneh...
Nah, Naik time tu pukul 2 lebih kot. paneh nau.. huuhuh
CMa pestime datang sini tau.
dia ada satu laluan masuk dan satu laluan keluar.
mungkin sbb MCO kot?
Hiking start 8am Sampai 4.30pm.
Last Call 3.30pm yer




Dalam trai ni ade Shungaii..shoshantek liaw
Nah, inilah dia Wawasan Hills Peak. Takde View yg SHantek. hihu










okeh. trail dia agak pendek dan santai.
Bagi Kudrat Seorang CMa yg cepat pewai, Stamina Kureng, Dan Pace Sipot,
Trail ni boleh dikatakan 50% santai, 50% Pacak Manja.
ada je yang kena mendaki. tapi beshe2 lah. tak terlalu memacak.
untuk yg shelalu shelalu hiking, trek ni celah gigi uols jer lah. 
dan sangat sesuai utk beginner.
Insyaallah, Tak Sheshat. Sesuai jgk buat training Load by loop.

Gambar tabanyak sbb time sampai peak tu sudah kedegaran guruh dilangit,
ater, melangkah laju lah sikit walaupun pelahan. ape haku merepek nih. hahaha


till then.
babai

CMa HikinG : Denai Tiga Puteri Hiking Trail 21.09.20

 Salam Hai!!

Memandangkan hari tu CMa cuti,
Memang Plan nak explore Denai Tiga Puteri.

Denai 3 Puteri @ Taman Eko Rimba Kota Damansara ni terletak Di Damansara PJ.
Lebeh Kureng 30 minit je dari PJ.
Ada satu pintu Masuk. Dan rasa macam banyak pintu keluar.
Hahaha.. 
Boleh jungle trekking & boleh cycling.
sbb CMa tak Kejor Masa. so Pace Sipot Jugaklah Santai sesepak Daun.
pegi hari biasa shooobest sb tak ramei manusia.. bhaahha

okeh, trailnya sesuai untk beginners juga.
santai 95% Pacak Manja 5%
Pacak sikit time nak sampai peak tu jew. lepas tu takdo dah.
Track Panjang & Banyak Laluan Banyak Denai. tetap ada signboard. 
tapi tulah, Seorang CMa mmg susah nak hadam signboard.
 Semua Denai CMa Sampai.
Tapi Saiyang Tak Amek Pic Sbb Tak Tahu Itu Sebenarnya Peak Utk Denai yg ada dalam tu.
Bhahahaha

till then. babai