hye
readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah
selalu..
google ads |
Pagi
tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis
ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang
menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di
bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat
perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh
berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada
roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang
dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun
ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang,
perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang
yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka
dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan
mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang
semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih
hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah
adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2
yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia
masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan
biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu
daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila
mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu
doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada
seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal
yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak
meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling
menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas
insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari
berlumba dalam kebaikan.
Sumber~email
Notacmot~tiada yg dpt menolong
kita di “sana” kecuali amalan yg dibawa dan doa dr mereka yg masih hidup.