hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
Allah , Kenapa Aku Dalam Neraka:
google ads |
Tuhan, kenapa aku masih
berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid?
Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang
kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada
sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan,
mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku
telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah
rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya
terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung
kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang
berlainan jantina denganku.”
Kakinya tiba-tiba
bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan
diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan
Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan
kaya dengan ilmu agama.’
Mulutnya tiba-tiba
menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk
mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak
mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah
ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap
perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan
berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa
banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus
nilai keihklasanmu di dalamnya?
Hati yang kehitam
hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di
sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau
lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar
segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala
kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan
dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau
sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis.
Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma
manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik
mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga
kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud
dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran
ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia
dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi,
seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari
Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada
waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang
kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan
masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang
mereka telah usahakan.”
notacmot~Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.