hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
google ads |
Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh
Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’
Jawabnya:
‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’
google ads |
Lalu Nabi
s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’
Jawabnya:
Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,
sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian
seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan
baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar
lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di
antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.
Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut
dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur
nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka
itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang
laki-laki dan perempuan.’
Nabi s.a.w.
bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’
Jawabnya:
‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke
pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70
kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya
Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab
Jibrail: Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi’in
bernama Saqar,
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir,’
Kemudian
Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa
tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’
Jawabnya:
‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat.’
Maka Nabi
s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar Nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?’
Jawabnya:
‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.’
Kemudian
Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan
tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
(dipetik
dari kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai’)
Betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W pada umatnya…cuma kita sahaja yang tak sayangkan baginda…
Dari Hadith
Qudsi:
Bagaimana
kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan
panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1.
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3.
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6.
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7.
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8.
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9.
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang
hitam pekat.
10. Juga di
bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap
rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan
ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.
Al-Quran
Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
google ads |
Notacmot~Dari
Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.."