hye readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat
dan dilindungi allah selalu...
google ads |
kami org pempuan ni mmg diberi allah ABC..(ALLAH
BG CUTI).. so..bila time ramadhan.. kami coti pose 7 hari..kan3...so..pas abes
ramadhan..kenala ganti balik..moh..cma nk share 1 artikel..mana taw ada
pekdahnya..
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini
adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana
satu lebih perlu diutamakan
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa
sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini
terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه
وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang
hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan
amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan
diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih
kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari
sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama
30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan
Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat.
Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini
adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha
(sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha
adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu
atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi
sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih
berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan
puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang
masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal
itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها
كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات
إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده
حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan
kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala
penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala
sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih
tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’
ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan
pahala.
Notacmot~stop dulu...nnti ptg cikt ade n3 sambungan..boleh x
gabung pose sunat & qadha??ermm..pendapat uols??