Assalammualaikum...
Semoga
senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam
maulidur rasul buat semua =)
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
Alhamdulillah..hari
ini adalah hari keputeraan nabi Muhammad s.a.w.
Nabi
junjungan kita..
Marilah
kita memperbanyakkan selawat keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w.
Dan semoga
kita di beroleh syafaat..
Nasyid
Junjungan Mulia Al Mizan:~
Tercipta
satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Bermulalah sebuah kisah
Malam
isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama
bapanya
Siti Aminah ibunya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama
diberi
Gelaran yang terpuji
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Terima putra yang berbakti
Keadaan
yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Terima junjungan mulia
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.