Assalamualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat
allah yg maha esa hendaknya...
Salam pagi jumaat...
CMa, kadang2 tu, time solat ada juga menguap..tiap2 kali
nk baca surah alfatihah..surah len tak de..hmmm..mungkinkah ini antara
sebab2nya..?
Ganguan ketika menunaikan SOLAT
Antara gangguan ketika menunaikan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang
akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga
dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan
berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam
solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada
Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam
solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang
disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan
datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang
dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia
sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu
baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya
terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.Apabila muazin selesai
azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila
selesai iqamat, dia kembali lagi.Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya
berkata kepadanya:
’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang
daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi
seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman
Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah
memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.Rasulullah bersabda kepadanya,
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika
sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera
menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan.Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau
ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas
takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud.
Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab,“Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
8)Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin
berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin
sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat
itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).Ibnu Mas’ud berkata,
“Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang
daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu
daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia
yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat
Muslim).
Doa ELak Gangguan Syaitan ketika Solat |
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas
daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua
dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.Bagi yang berasakan gangguan itu,
sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan
syaitan terkutuk.