Assalammualaikum…
Semoga kalian semua senantiasa berada dalam
lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
Salam pagi AHAD~
Boldkan huruf A.H.A.D tuh..muehehehe..Weekend yg besh kerana diriku bekerja pada
hari ini..muahahaha…
*dush sekali*
|
Hasil carian google |
Okeh..entri jiwang2 kucing pagi ni...meooooowwwwww~~~..nak
share beberape tips utk mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri yg kuat
merajuk macam SHAYE ni..hihi.. jom! ~~ :p
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap
kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa
yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan
sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang
pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi
berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak
sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan
penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan
serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau
suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau
kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting,
ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda
ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti
susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara
keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan
serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan
anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan
sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Luv U so mushhhhhh ABI :)