Assalamualaikum…
Salam
pagi Jumaat…
Semoga
kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa
selalu…
Tadi
dok jelajah2 fb dan terjumpa 1 artikel menarik yg cma kongsikan dgn uols..
Jom!.....
|
warna aura dlm badan kita |
~SOLAT & CHAKRA WARNA ALAM~
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq
& Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,
iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh
seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan
di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di
luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata
kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,
pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo
dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu
berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan
warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan
frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus (Kepala).
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan
dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan
warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke
sistem tubuh.
Bagaimana pula dengan gelombang beta, alpha, delta dan
theta....?
Solat juga ada kaitan dengan gelombang2 ini...
The More U Share, The More U Learn :)
Copy dari fb