Assalamualaikum…
Salam
pagi jumaat…
Semoga
kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa
selalu..
Hehehehe…meh
nak share sesuatu..
Pada aweks2 yg tgh single dan nak cari caloN suami..nah, ni
dia ciri2 suami pilihan yg boleh dijadikan contoh…
|
Di copypaste dari fb UAI |
Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar
Idrus...
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah
sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke
tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5
orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau
dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang
mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya
boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah
lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran
walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak
menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran
taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu.
Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je.
Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya
kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir
tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak
bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia
mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam
sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok
Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da
kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia
tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari
malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je
walaupn bini dia tak cuns
(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) ^_^
( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )
Alhamdulillah....luv u abi... :)
Hehehe..sempoi… :)