السلام عليكم ورحمة الله....
Selamat pagi readers...semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...jom layan citer nie nak?
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia
ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu,
saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir
sejenak, lalu menatap WANITA dengan
pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam
kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak
lagi
merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan
masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam
membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di
seberang jalan, dia berteriak
"Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!".
LELAKI sangat membenci
ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga
berteriak
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia
lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin
untuk dicedok kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang
rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan
mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan
WANITA.
WANITA pernah ke luar
negeri tetapi sudah kembali. Dia
pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila
mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit
di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak
sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah
dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang
berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban
Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali
merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit
itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah
dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan
walau kepada orang yang paling kita cintai.Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah
kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...
Kerana itu, jagalah dan
sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.. Sebelum mengucapkan
sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti
orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan
orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata
yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫
✿ Prinsip ABC
✿
✩ Ambil
yang baik
✩ Buang
yang buruk
✩ Ciptakan
yang baru
*AUTOPUBLISH*
Notacmot~Keep Istiqomah wa
HAMASAH