♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

18 May, 2010

Menu Dalam Pantang (3)

Salam~~ 

Muahaha…cuti 2 ari..blog pun syp jer..xpe2..kita sambung ea..
Menu dalam pantang 3.. Kite zasssssss…. ni salu buat...

ikan pindang mak menjilat jari
BAHAN-BAHANNYA:
2 ekor ikan kembung
2 biji bawang merah (tumbuk)
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1.5 cm kunyit (tumbuk... nak pakai serbuk pun ok)
asam jawa air suling 10 biji cili padi*
2 helai daun kunyit (potong 5 dan dibuang tulangnya)
garam secukup rasa *orang tak pantang boleh boh cilipadi, orang yg berpantang jangan boh eh

CARA-CARANYA:
1) Tumis bahan² yang ditumbuk tadi sampai naik bau...
2) Masukkan asam jawa ngan air suling tadi
3) Bila air dah didih, masukkan ikan dan garam
4) Bila dah nak masak, masukkan cili padi dan daun kunyit

1. Ikan Goreng Halia Muda
parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2 Bawang besar di mayang
Ikan digoreng garing Halia muda di hiris Bawang besar di mayang Tumbuk halia muda dan bawang besar Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat) Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur) * sedap dimakan dengan nasi panas2.

2. Ikan bilis masak lemak lada hitam
Ikan bilis (agak2 banyaknya) 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat) 2-3 ulas bawang kecil 1/2 inci kunyit hidup lada hitam Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi) Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis Tunggu sampai masak * sedap di makan dengan nasi panas2.

3. Ikan Haruan Goreng Rempah
1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia 2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam)
2 sudu rempah ikan air asam jawa/garam secukup rasa

1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak
 4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak 6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.

4. KARI IKAN YU(India)
2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis sedikit cengkih dan bunga lawang 
400 ml santan kelapa garam secukup rasa

caraNye:
Tumbuk bawang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari.
Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya.
Masukkan ikan dan biar seketika.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

5. DAUN MURUNGAY BERGORENG(India)
1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis. Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidangkan

 6. IKAN BILIS BERKUNYIT(Melayu)
5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam

Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.

7. Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
Ikan Haruan @ Tenggiri Lada hitam
20 biji Halia
1 inci @ lebih Kunyit Hidup
1 inci @ lebih Bawang Putih
2 ulas Asam Keping
2 keping Air
garam secukup rasa

Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi.

Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

8. Limpa Goreng Kunyit
1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris Kunyit hidup ditumbuk halu
 Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping garam

Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam.Goreng hingga agak garing, toskan. Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau. Bancuh kunyit serbuk dengan air. Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk perasa dan garam jika perlu. Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu. Ia baik untuk menambah darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi boleh juga dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.


9. Ikan Masak Pindang
2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)

Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.

p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin. Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.

10. Ayam Halia Kukus
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.

Oke… nak lagi menu?? 
Sok kite sambung balik ye.. da...da..