♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam 2026. Owner blog tenggelam timbul
Showing posts with label Menguap. Show all posts
Showing posts with label Menguap. Show all posts

24 January, 2014

Gangguan ketika menunaikan SOLAT


Assalamualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam pagi jumaat...

CMa, kadang2 tu, time solat ada juga menguap..tiap2 kali nk baca surah alfatihah..surah len tak de..hmmm..mungkinkah ini antara sebab2nya..?

Ganguan ketika menunaikan SOLAT

Antara gangguan ketika menunaikan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya:

’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.Rasulullah bersabda kepadanya,

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan.Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab,“Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8)Menguap dan mengantuk

 Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).Ibnu Mas’ud berkata,

“Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Doa ELak Gangguan Syaitan ketika Solat

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Sumber
Sekian..


14 January, 2013

~Menguap.. Virus ke?? ~


Bismillahirrahmanirrahim…
Semoga uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi Monday ^^
comel mimau ni menguap..muahahaha.. :p
 Fuhhhh….Sapu sikit habuks2 yg bersawang kat teratak ku ini.. muahahaha… baru 4 hari dah berhabuk la kunun…cehh…. Ehemmmm :p ade yg rindu keee..?*pang berkali2* muahaha…
Yeahhh… I’m back! :)

Oh pagi isnin yg berkarat…berkarat sbb muke naik jerawat gatai.. tensi mak… >_<
Oh ye..persoalan demi persoalan yg membelenggu akal dan fikiran *mcm lirik lagu kak ziana ain lah plaks :p*

Kenapa mesti kita menguap?? Walaupun time tu sungguh tidak mengantuk & tidak bosan & dan tidak boring.. sungguh… time menaip ni kan.. ntah bape kali cma terkuap2 menguap..sampai berair bijik mato dan lenguh tulang2 rahang ni… apekah???? Nak kata x cukup tido?? Kol 1o dah pengsan dah..nk kate letih?smlm dok relaks je kat umah… Hmm..

Best betul klu dpt menguap sambil mengeliat2.. koh koh koh
Lagi 1 kan, bile kite tgk org lain menguap, secara otometik,kita pun turut menguap… kadang2 tu xyah tgk.dgr bunyi org menguap pun dah buat kite menguap… apekah?? Virus ke?? Muahahaha..
Ntah kenapa persoalan ni yg bermain2 kat dlm pale otak sejak dari tadi…koh koh koh…
Adekah uols juga begitu…? *sambil menguap utk kali yg berapa ntah*

Jawapan yg cma dpt stlh di Google :-


Notacomot~ Terima kasih pd yg wish utk besday bonda cma…dan sudi membaca entri2 publish selama 4 hari ni..sayang korang ketats :)

Misi membalas jejaks…yahuuuu… :p


04 May, 2012

✿ Al-Kisah Menguap ✿


Assalamualaikum wbt..
Salam pagi jumaat..
Semoga kalian semua berada dalam lindugan dan rahmat allah yg maha esa selalu..
ehsan google
Cma suka menguap..walaupun kadang2 menguap bila x diperlukan..err..ape yg saya mengarut nieh..? hihi..

Al-Kisah Menguap..Jangan ambil mudah..

Sekadar setitis ilmu PENTING NI..!!!!!

Menguap..Semua orang menguap termasuk juga saya.. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut.. Ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitewww..^_^

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai..

“huargh..huh..haaah..dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan …? Astaghfirullah..!!! begitu rupanya…lalainya saya…

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyi tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan.. sukakah kita bila syaitan seronok?

Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH s.w.t dan menjauhkan fitnah syaitan..

~In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful~

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu…

Sekian..

*cma copy ini darI fb Ustaz Don Daniyal Biyajid (UDD)*