♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

09 May, 2012

✿ (PENGUMUMAN)Wanita Pukul Bayi Sedang Jalani Hukuman Penjara 18 Bulan ✿

Assalamualaikum..
Semoga Kalian semua senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat allah yg esa selalu..
Salam Petang..

Info utk anda:-

Polis Diraja Malaysia melalui fanpage ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tahniah atas keprihatinan yang anda semua tunjukkan berhubung kes ini, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih mempunyai jati diri, keperimanusiaan dan moral yang tinggi dan semoga kita semua dapat mengekalkan jati diri ini

Sekian..

Sumber cma kopipes dari SINI

 


♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥