♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

07 June, 2022

CMa Hiking : Gunung Tahan M2M (Merapoh-Merapoh) Mei 2022

  Alhamdulillah.. Dgn Izin Allah. Another bucket list accomplished!

The Journey:-
📍Sg Relau ➡️ Kuala Juram ➡️ Kuala Luis ➡️ Lata Luis➡️ Kem Kor (Campsite D1) ➡️ Permatang ➡️ Kubang ➡️ Belumut ➡️ Bonzai ➡️ Bukit Botak (campsite D2)➡️ ⛰Gunung Tahan ⛰↩️ Bukit Botak ➡️ Bonzai ➡️ Belumut ➡️ Kubang ➡️ Permatang ➡️ Kem Kor(Campsite D3) ➡️ Lata Luis ➡️ Kuala Luis ➡️ Kuala Juram ➡️Sg Relau 📍


Trip Gunung Tahan M2M (Merapoh-Merapoh) 4Hari 3Malam by Gogo Din dr MYTT Adventure. Di temani 3 orang Moutain Guide (Wajib) dari Jabatan Hutan Pahang . Hari tu kami ditemani ;Uban, Yin dan lupa sorang lagi nama dia. Hahaha.. Permit masuk & permit kamera/Hp, Permit Campsite, 4WD Transfer kena bayar ya.
Ke semua 20 line up berjaya sampai ke puncak dan touchdown dgn selamat.

FYI Ada Beberapa jalur laluan untuk ke Gunung Tahan.

• Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan [M2K] (7h 6m) toughest
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh [K2M] (7h 6m)
Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh [M2M] (4h 3m)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan [K2K] (4-5 hari)

Sedikit Info mengenai Gunung Tahan:-

  • Tinggi 2187m 7175ft [Dikenali Sebagai G7 Kerana Ketinggiannya yg melebihi 7ribu kaki]
  • Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, ke-6 Gunung tertinggi di Malaysia

🌳 Tentatif Merapoh - Merapoh 🌳

( First Day )
8.00 am - Berkumpul di Taman Negara Sungai Relau, Checking Item, Taklimat
9.30 am - Naik Powil ke Starting point (30mnt)
10.00 am - Briefing, warm up, Bertolak ke Kem Kor (Trek Ini sangat santai ada pacak sikit2,
kena redah 8 sungai) Paras betis & peha)
4.00 pm - Tiba Di Kem Kor, Rehat, makan, Bermalam

Ø  Kuala Juram – Kuala Luis [306m, 5km]
Ø  Kuala Luis – Lata Luis [558m, 6km]
Ø  Lata Luis – Kem Kor [750m, 2.5km]

 ( Second Day )
5.30 am - Solat, Sarapan, Packing Barang
7.00 am - Bertolak Ke Kem Botak
1.00 pm - Tiba di kem V, makan, rehat (Last Water CP)
1.30 pm - Bertolak ke Kem Botak
6.30 pm - Tiba Di Kem Botak, makan, Rehat

Ø  Kem Kor – Kem Permatang [874m, 2.5km]
Ø  Kem Permatang – Kem Kubang [1406m, 1.5km]
Ø  Kem Kubang – Kem Berlumut [1433, 1.5km] Sini dah start Mentallllll.
Ø  Kem Berlumut – Bonsai [1705m, 5.5km]
Ø  Bonsai – Kem Botak [1943m, 3km]

 ( Third Day )
5.00 am - Kemas Barang, Bertolak Ke Puncak
6.30 am - Tiba Di Puncak, Subuh, Bergambar, turun ke kem botak, sarapan
9.00 am - Bertolak turun ke Kem Kor
1.00 pm - Tiba di kem v, makan
6.30 pm - Tiba di kem kor, makan, rehat

Ø  Kem Botak – Puncak Tahan 

( Last Day )
6.00 am - Solat, Sarapan, kemas barang
9.00 am - Bertolak ke Starting Point
12.00 pm - Makan, rehat, sambung Perjalanan
2.00 pm - Tiba di Starting Point (I managed to touchdown at 11.30am-started Descending at 8am)

Apa yg perlu di bawa mendaki gunung tahan?
Ni based from my personal opinion lah yer.

  1. Baju ( sis bawak 3 pasang termasuk yg tgh pakai.(bwk byk buat berat beg).
    Baju bersih balik tinggal kat dalam keta.
  2. Makanan (Since dah byr, jadi kami bwk ration 3kg sorang)
  3. toletries
  4. tuala/kain batik
  5. water bladder / mineral water 1.5lx2
  6. botol kosong (optional utk refill/sterilize air gunung)
  7. jajan /power bar / kurma
  8. ubatan personal / 1st Aid
  9. Beg yg bersesuaian (40l keatas)
  10. Sleeping bag (wajib,sejuk oiii)
  11. Carry mat (digalakkan bw)
  12. wind breaker (digalakkan bawa)
  13. headlamp + spare battery
  14. pisau+ lighter +whistle (emergency purpose)
  15. power bank (digalakkan bawak)
  16. seliparrrr (wajibb)
  17. pinggan, cawan,sudu, garfu
  18. poncho 
  19. tent
  20. ape lagi ek? telekung?
  21. Uols kena pepandailah arrange utk semua ni. make sure carry load kurang dr 15kg. Berat beg boleh jadi berganda2 bila dah pewai. huuuuuuu

Nota Kaki : Setiap Gunung Ada Ceritanya Sendiri. Klu tanya Sis Yg Sipot Ni, Trek Dia Boleh Lah Tahan. Sbb Style Roller Coaster .

Ada Trek Mcm Kat Berembun, Nuang, Liang, Angsi,Akinabalu Semua Pakej Ada.

Pendapat peribadi sis, Start Dari Kubang Ke Bonsai Memangggggggggggggggggggg sangat Menguji Mental & Fizikal. Alhamdulillah 4 Hari Cuaca Sangat Cantik. Tak Hujan. Tp Trek Berselut. Salah Pijak, Terbenam Kaki Sampai Betis. Ni Tak Hujan Ye. Bayangkan Kalau Hujan? Allahu. Nangisss. Sis lebih Suka Trek Jenis Pacak.. Kau Memacakkkkkkk La Sampai atas, Tup2 Sampai Peak. Klu jenis Roller Coaster Ni Lemmahhhhhh Betul 🫤.

Apepun Alhamdulillah.
Grad Gunung Tahan🎓⛰
Sis Lanje Gambauuuuu

SIJIL. KORANG YG BERJAYA SUMMIT GUNUNG TAHAN AKAN DAPAT SIJIL

ME WITH CERTIFICATE. ALHAMDULILLAH. I'VE MADE IT!

one with sijil. time ni dah balik dah

tenkiu semua.. korang sporing dan baik2 blako

Photo Group. YMTT terbaikkkkk

POSE WAJIBUL katanya. hehehe

TUGU SEMPADAN (KOT)

SEWAKTU MENDAKI KE KEM BOTAK.

MOUNT TAHAN VIEW

TAPAK KAKI TENGKU MAHKOTA PAHANG



mount tahan view


INI KEM BOTAK. campsite kat bermalam sebelum ke puncak. Banyak giler tikusss

pemandangan sewaktu menurun ke KEM BOTAK

the majestic view of Gunung Tahan

ini last day. sg pertama yg kena cross.. harslah bergambar. tak 'TAHAN'lah klu tak bergambar kat SG RELAU Ni. hehehe..

ni masa lepas dari KEM BONSAI menuju ke KEM BOTAK.MasyaAllah..
saujana mata memandang gunung ganang terbentang luassss

ni masa nk pergi dan balik. naik powil menuju ke destinasi yeah yeah

gambar kat sign seperti biasee

no. 1 Gogo kami = Din YMTT
No. tapak campsite kat KRM KOR

kat kem kor. tenkiu cef masak sesedap!

ni esoknya. kat permatang take5. bergambo lah kejap

time dah sampi kar KEM KOR. baru lepas mandi koboi. segar rasenyeeee

berlatar belakangkan Air terjun. tgk real depan mata sangattttt indahhhhh

sungai ni kat KEM LUIS atau LATA LUIS rasanya. LUper. byk sgt sungai kena cross.

yeah. pose cliche satu! eksaited kemain ye. tunggulah hazab lepaas tu. hahahah

Bergambar sebelum memulakan perjalanan

1. Sampai je kat JABATAN PERHUTANAN, kena keluarkan barang dan buat declaration. 
2. Ini ration yg semua kena bawak. sis punya average 3kg
3.Total load pada pagi tu. beg berat sbb isi air. padahal gogo dah bitau adeje waterpoint kat atas tu. hehehe






Sekian,,,,,
Gunung Tahan, M2M, K2M, K2K, M2K, Mendaki Gunung Tahan, 2022, Bukit Botak, Kem Kor, Sungai Relau, Jabatan Perhutanan Pahang, Hiking Gunung Tahan,Apa yg perlu di bawa mendaki gunung tahan?