♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

03 March, 2020

03.03.2020

Assalammualaikum & Hai Wahai Blog Kesayagan Gue.

Hmm...
Blog tak hapdet since 2017. Sekarang dah 2020.. Apooo...
Itulah, Bila Dah BZ (Malas Actually). Nak Menaip Pun Tak De Mood.

Kejap Je Dah Wawasan DoplohDoploh Ek.
Cuma Bayangan Kete Tebang Tu Idokle Wujudnye. Bhahaha..

Ape New/ Hot Story Ek? Oh Ya, Malaysia Kita Sudah Bertukar PM Baghuuu...
Selamat Menjalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri KE8 , Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ni CMa share Sket Biodata Our New PM

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Anak: 4 orang
Tarikh Lahir: 15 Mei 1947
Tempat lahir: Muar, Johor
Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

• 1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
• 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
• 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
• 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.
• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
• 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
• 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
• 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
• 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
• 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran
• 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
• 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
• Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
• September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
• 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
• 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
• 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
• 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan


Sekian, Sempena Tahun Lompat Ni, Malaysia Turut Melompat Tukar Piyem Baghu Nohhh...

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Ke 8, Tun Dr Mahathir Letak Jawatan, Siapa PM Malaysia Ke 8,