♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

09 May, 2016

Malas Nak Beratur ? : Tips Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Secara Online

Assalammualaikum & Hai..
Sapa kat sini ada ekaun Pelaburan ASB?? hangkat tangannnn.. hehe.. tetibe..
Ni, CMa share cara mudah nak menambah pelaburan (Bukan Pengeluaran yer) melalui kaedah online Maybank2u.com

Malas nak beratur di Kaunter Asb ? Tiada masa nak beratur masukkan duit di kaunter Pejabat Pos ?apa susah, uols boleh masukkan duit ke Asb secara online.. boleh guna maybank2u ataupun cimb click online. 

Syarat utama untuk menggunakan aplikasi ini , Uols mesti mempunyai akaun Maybank2u, jika takde, kenelah daftar dulu yer..
Cekidaut :-

1. Pergi ke halaman http://www.maybank2u.com.my/
Macam biasa masukkan Username dan Password (yang ni sendiri punya …. rahsia tau..)

2. Pilih pada bahagian Investment

3. Klik pada ASNB Unit Trust Additional Purchase

4. Declaration.. Bace taww. Dah selesai,tandakan “check box” sebagai pengesahan dan klik butang Next

5. Dapatkan TAC Number dan isi maklumat yang diminta seperti jumlah tambahan pelaburan, no.akaun ASB uols dan Pilih Jenis pelaburan (Pilih : Amanah Saham Bumiputera). Seterusnya klik butang Continue

6. No. akaun ASB uols adalah seperti kedudukan didalam buku pelaburan. Contoh seperti gambar diatas

7. Masukkan TAC No yang telah dihantar ke Handphone uols. Klik Confirm

8. Last one, Sekiranya berjaya, Status akan menunjukan“Successful”. Untuk contoh diatas status menunjukkan “Unsuccessful” sbb jumlah pelaburan yang dimasukkan adalah RM1. Minimum pelaburan adalah RM10 sama seperti membuat pelaburan menggunakan buku di pejabat pos.

Settle!
Jadi macam mana ?
mudahkan nak buat cara transfer dari maybank2u ke Asb online?
muhehehehehe