♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

30 May, 2016

Apa Beza Petrol? Jenama Mana Yang Jimat?

Assalammualaikum & Hai..

Menarik perkogsian ni.. hehe.. cma selalu pump kat Petron (Dulu dikenali sbg Esso & mobil).. utk pengguna Saga BLM & Kancil mcm cma ni.. worth it la.. tapi part enjin berbunyi kuat tu ada. Ingat nk try tukaq ke Caltex plak utk perjalanan yg bukan utk travel jauh. Petronas pernah pakai sekali jer, x pueh hati. So mmg black listed. Hihhi.. jom kita membaca.. panjang lebaq bag hang. Tak pa lah.. sikit banyak buleh tolong.. yer dokk?
-----------------------------------------------------------
Memandangkan harini aku takde KERJA sangat (kerja abis,elak ngantuk), aku buat research sikit pasal MINYAK Petrol.. yg pakai DIESEL atau kreta Letrik, maaf ye… harap BERMANFAAT.. Agak panjang, tp berbaloi kut..!!

Siapa yang INGIN tahu & INGIN JIMAT dari segi isian, mileage, maintenance, performance, sila baca. Jika tidak, isi je minyak yg awak suka.. Again, ni bukan promosi etc, skadar info khidmat masyarakat dari aku :)

SOALAN biasa ditanya :
⦁1- Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)?
⦁2- Petrol mana paling POWER (acceleration) ?
⦁3- Petrol 95 & 97 ada beza ka?
⦁4- Ada orang kata 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi.?


Fikirkan kembali. Ambil contoh research pada 2 kajian & review (dari pengguna biasa) dia bawah. Kajian tahun 2010 & 2011, tapi masih boleh digunapakai sbb tak banyak teknologi petrol berubah dalam 5 tahun kebelakangan ni.

-----------------------------------------------------------

KAJIAN 1 (Credit pada En Muhaimin,2010) :

Atas niat ingin tahu, saya mula lakukan kajian bagi mendapatkan jawapan petrol mana paling jimat!
Cara kajian: Isi RM50 dan catatkan meter trip (dalam KM) berapa jauh RM50 boleh pergi
Jumlah kekerapan: 3 kali bacaan untuk setiap jenis petrol (3 x RM50)
Model kereta: Honda City
Di bawah saya senaraikan data-data yang saya ambil untuk 5 syarikat petrol terbesar di Malaysia:

************* rujuk jadual kajian dibawah ***************

Jadual jarak pemanduan bg setiap RM50 petrol menunjukkan Esso Mobil paling menjimatkan secara purata, tetapi berdasarkan setiap bacaan, boleh dikatakan Petronas dan Caltex juga tidak jauh beza penjimatannya.
Kekurangan dalam kajian ini:
1. Kajian ini mungkin kurang tepat, contohnya pemanduan yang kerap untuk jarak dekat menggunakan kadar minyak yang berbeza dengan pemanduan untuk jarak jauh. Gaya pemanduan juga merupakan faktor kadar penggunaan minyak yang rendah atau sebaliknya.
2. Kajian ini juga kurang tepat kerana hanya 3 bacaan diambil.
3. Campuran petrol berlainan jenis juga boleh menyebabkan ralat bacaan pada kadar penggunaan minyak.
4. Lain kereta mungkin lain kompatibiliti petrol.
Bagi menjawab apakah betul formula baru menjimatkan, secara peribadi saya katakan ‘Ya’, kerana saya pernah gunakan petrol Petronas sebelum formula baru diumumkan, dan dengan RM50, saya dapat memandu sejauh hanya 319km.
Kajian ini adalah berdasarkan kajian peribadi saya, tiada niat nak memburuk-burukkan mana-mana syarikat petrol, apa pun pilihan di tangan anda! 

-----------------------------------------------------------
KAJIAN 2 (Credit pada En Nazri Bakhri, 2012):

Car: Proton Iswara 1.3 Manual, year 1999
Route: KL, PJ, Shah Alam with almost 100% city drive.
Driving style: economy driving. Seldom press the pedal hard except overtaking. Not a racer
Note: Each time I will fill the petrol until full tank

1. Brand:BHP Infiniti
Total cost: RM56.81 or 31.62 l
Distance: 440km
Fuel consumption: RM0.127/km or 14.16km/l
Remarks: Quick, smooth during gear transmission (from low to high). Engine noise is OK, not noisy but you still can listen it. It is exceptional when pick up. I am satisfy with it.
Grading:8/10

2. Brand: Caltex Techron 95
Total cost: RM55.94 or 31.07 l
Distance:421.7km
Fuel consumption:RM0.123/km or 14.68km/l
Remarks:When I start my engine, it is very quiet. It is quiet and smooth even during the low gear transmission. Engine noise is lower than BHP infiniti 2x. It is powerful when pick up. Almost as powerful as BHP petrol. No noise even at 110km/hr. A better fuel consumption as well.
Grading:8.5/10

3. Brand: Shell Super 95
Total cost: RM51.71 or 28.728 l
Distance: 429.5km
Fuel consumption:RM0.117/km or 15.336km/l
Remarks:I have change a new set of tires in this study. This is a very bad experience using Shell. The engine is very noisy even when I started my car. The noise of engine is noisy and rough when changing gear. Most remarkable is I hardly pick up to 110km/hr as the engine is so noisy. I will avoid using this fuel. I will reserve my view of fuel consumption as different set tires is used.
Grading:5/10

4. Brand: Petronas Primax RON 95
Total cost: RM50.41 or 28.006 l
Distance:513km
Fuel consumption:RM0.123/km or 14.618km/l
Remarks: Ordinary pick up but much better than Shell. I still heard some noise form engine when I start my car but it is acceptable level compare with Shell. Easily pick up at high gear but lack of power in low gear. Transmission is consider smooth. Surprisingly even it is more powerful than Shell, the fuel consumption is higher.
Grading:6.5/10

5. Brand: Esso / Mobil Synergy 5000
Total cost: RM63.17 or 35.093 l
Distance:486 km
Fuel consumption:RM0.113/km or 15.879km/l
Remarks: Good pick up and transmission from low gear to high gear.The engine noise is the second best just behindCaltex Techron 95. The fuel consumption is surprisingly better than any of the fuel in the market. I can not complaint anymore of this.
Grading:9/10

Since I have change my set of tyres during the test, I retest Caltex Techron 95 to cancel the tyre effects. Theprurpose is the feul consumption.

Retest of Clatex Techron 95 with new tyres give me 14.6km /l which is even less than the first test 14.9km/l. I would said the new tyres on the fuel consumption is negligible.

Ranking:
1. Mobil/Esso
2. Caltex
3. BHP
4. Petronas
5. Shell

-----------------------------------------------------------
# JAWAPAN & REVIEW AKU
-----------------------------------------------------------
Aku juga ada membaca beberapa artikel & case study lain tapi tak perlulah masukkan semuanya, 2 ni rasanya cukuplah kut. Fakta juga digabungkan pengalaman aku sendiri dan beberapa sahabat (pemandu) lain. Diringkaskan, untuk menjawab SOALAN diatas :

1- Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)?
Mobile (Esso) paling sesuai untuk perjalanan jauh (spt highway), kurang bunyi Enjin (cranking). Pilihan kedua boleh juga Caltex dimana kelebihannya ada agen cuci enjin (techron) yg beberapa mekanik mengakui enjin (kebuk piston) pengguna caltex lebih bersih dan kurang maintenance, jugak enjin masih senyap (kurang meraung) pada top speed. Shell (dgn iklan lebih kilometer) memang boleh jauh, tapi kena berkorban dari segi bunyi cranking enjin sebab Shell lebih sesuai untuk pemanduan yg memerlukan ‘pick-up’. Petronas masih berkongsi ditangga ketiga seperti Shell cuma tak sesuai pada pemanduan jauh seperti berbukit (Highway PLUS kt Ipoh & Karak) sebab lack power pada gear rendah (gear 5 atau D rendah)

2- Petrol mana paling POWER (acceleration) ?
Unless anda pelumba dan memang kaki cilok dalam town, gunalah Shell. Tapi pada average, untuk pickup (low & high gear), boleh memilih Caltex atau BHP

3- Petrol 95 & 97 ada beza ka?
Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Ianya bukan perbezaan dari segi kualiti tapi campuran antara bahan dalamnnya (Pentana & Octana). Ya, Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh.

⦁4- Ada orang kata RON 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi..?
Ada persepsi isi 97 lebih jimat dan lebih power dari 95. Fikirkan semula.
RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana. Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio? Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas.


Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana. Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku. Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Jadi, jangan bazirkan duit anda fakta sekadar andaian. Gunakan petrol tersebut berdasarkan keperluan pembakaran enjin anda.


Secara Keseluruhan, aku simpulkan ada 2 petrol terbaik untuk digunakan. Aku tak kata jangan isi petrol yg lain, tapi tertakluk pada pilihan dan teknologi enjin masing2 sebab kereta moden enjinnya mingkin lebih efisyen. Tapi timbangkan kembali antara keperluan, kegunaan, nilai wang dan juga pengaruh iklan .. 
-----------------------------------------------------------
Untuk kegunaan harian bagi Jem dan kepejabat, aku cadangkan CALTEX sbb jimat, enjin senyap, ada pickup dan sambil memandu, enjin anda dicuci oleh agen techronya.

Untuk pemanduan jauh pada tekstur highway kita yg straight dan berbukit, aku cadangkan ESSO/MOBIL sbb jimat (more liter per kilometer), ada pickup dan enjin tak cranking pada hi speed. Selebihnya, tepuk dada tanya selera.

Nota : tidak unsur promosi atau spekulasi di sini untuk mana2 pengeluar minyak, hanya sekadar dari beberapa review and sumber ‘experiment’ dari pengguna jalanraya kepada minyak2 kebanyakan yang ada di Malaysia. Aku jugak tidak dibayar atau ada share dari mana2 syarikat minyak untuk kenyataan ni, sekadar berkongsi pada kawan-kawan pada time berjimat pd harga minyak mahal & kurangkan kos maintenance anda.


Copy paste from : https://goo.gl/LBt8fz