♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

31 July, 2015

Tahniah! : Walimatulurus Abby Abadi Dan Pasangannya

Assalammualaikum & Hai...

Alhamdulillah.. Tahniah buat Kak Abby & Pasangannya En Jai..
Baru kejap tadi Kak Abby mengumumkan Tarikh perkahwinan beliau dan pasangannya..
Alololo..comey je dedua..



Kata Kak abby, Insyaallah..14 august 2015 nanti akan berlangsung majlis akad nikah. makan-makan kasih sayang pulak (kenduri) pada 16 august 2015..majlis akad nikah nanti akan bertempat di Masjid di Keramat..

Buat kak Abby & En Jai..
Tahniah yerr!! tumpang happy.. gembira tgk kehidupan kak abby sekarang.. semoga allah permudahkan segala urusan  yer..

Heheh.. CMa pengguna Umaima taw.. sedap susu kambing tu.. dah la cma jenis tak minum susu lembu, apetah lagi susu kambing..tp susu umaima ni mmg terbaikk.. bertenaga sepanjang masa di bulan ramadhan hari tu...hihih..*sempat promote*

tak suka?? jangan baca ye.. bak kata kak abby, juri awam tidak diperlukan..
doakan yg baik2.. insyaallah..daaaa


30 July, 2015

Rebung? Ewwww

Assalammualaikum & Hai ..

Ghupe rebung madu. mcm tanduk pun ye.
Rebung?? Eww... bau dia cukup cma tak suka.. bhahahaha.. berbulu hidung.. :p
CMa bukan pemakan Rebung .. pernah makan sekali jer.. pastu yerkk... rebung masak lemak cili api tu.. bhahahaha... tataw la knape tak kena dengan tekak..

then, baru-baru ni mak cma masak kari tau.. kari ape? kari rebung! adoiyaii..... bau rebung tu betul2 menusuk hidung..tapi bila dah masak, bau tu lenyap.puffff!! dan ntah jin hape yang menyampuk cma untuk mencuba makan Kari tersebut.. tanpa rasa was-was, cma dah jatuh cinta pada Rebung.. tapi rebung masak kari la.. pulak tu cma memang hantu kari.. masakla kari untuk seminggu pun i buleh hadap.. hew hew hew..
nindia KARI REBUNG MADU emakku yg sangat sadapppp!

mak pernah jugak masak rebung cili api.. dan pernah rase, tapi kenot go la rase dia.. pelik.. bhahahaha..oh my... tetibe teringat plak kari rebung mak iteww.. sedap dan pedasss menusuk idong!!
resepi? ala.. same je mcm masak kari ayam tu.. cuma tambahkan rebung madu tu je

sekian ceritaku dan rebung..
kesian.. cma mmg tak pernah suka rebung sebelum ni..so, jadi terlebih eksited plak.. bhahahaha



29 July, 2015

Tidur – Manusia Cuma Memerlukan 3JAM Sahaja.

Assalammualaikum & Hai..
Artikel ni CMa amek dari Group. Meh Baca Meh..


Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan pendapatnya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik.. menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.
Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
-Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
-Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
-Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
-Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.
Wallahualam.

16 July, 2015

Doa Akhir Ramadhan

Assalammualaikum & Hai..

"UNTUK SAHABAT2KU SAYAM ��
DOA AKHIR RAMADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya ALLAH.

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya ALLAH.

Terimalah puasa kami dengan sebaik-sebaik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanMu Ya ALLAH. Sehingga Engkau  memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkan kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dengan rahmatMu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di malam LailatulQadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.  آمــــــــــــــــــين يا ربّ العالمين
Taqabalallahu minna waminkum"

15 July, 2015

15 Julai 2015

Assalammualaikum & Hai ..


6.59pm :15 Julai 2015 Bersamaan 28 Ramadhan 1436h
30 Tahun sudah usiaku.. bhahaha.. rasa tua betoi.

terima kasih allah..
terima kasih mak & ayah..
terima kasih pemilik tulang rusukku..
terima kasih semua.

sayang korang lillahitaala
Sedekahkan Alfatihah buat CMa ..
*Mok, I Miss You*

#AutoPublish
#LesenMampuihHariNi

13 July, 2015

Pelacur Yang Bernama : Al - Malikah

Assalammualaikum & Hai...

" Pernah dengar tak kisah Al-Malikah ? "
Saya mengajukan soalan kepada roomate sambil mengenakan bedak di wajah sekadar pelembut pipi sahaja.

" Al-Malikah ? Who ? Artist ? "
Sambil berkerut dahi.

" Bukanlah. Al-Malikah wanita berketurunan Bani Israil dan menetap di Tunisa. Dia ni seorang pelacur. You know, bayaran untuk bersamanya satu malam tersangatlah tinggi. "
" Huh. Then ? "

" Then, kecantikannya, susuk tubuh badannya sangat terkenal hinggakan pemuda di daerahnya tergila-gilakan Al-Malikah. Hinggalah ada seorang hamba Allah namanya Abid seorang pemuda miskin yang taat dalam melaksanakan ibadah kepada Tuhan-NYa turut ingin mencuba menikmati kecantikan Al-Malikah. "

" Look ? Warak mana pun lelaki itu, bukannya dapat tahan dengan wanita cantik ni. Pakai jubah serban, pegang tasbih, bila lalu sana sini bukan tunduk pandangan. "
Dia membebel seolah melepaskan rasa tak puas hati.

" Dengarlah dulu, kan belum habis ni. Keinginan Abid bertemu Al-Malikah terbatas kerana mengetahui dia memerlukan duit sebanyak seratus dinar untuk membayarnya. Namun Abid bekerja sekuat hati dan sepenuh tenaga untuk mengumpulkan seratus dinar tu. Susah atau senang, Abid tak peduli, dia ingin berjumpa dengan wanita yang menjadi rebutan tu. "

" Lepastu ? Lepastu ? Aku pula geram dengar ni. Haihhh. "

" Haha. Setelah duit dikumpul, dia pun bertemu Al-Malikah. Sewaktu bertemu dengan Al-Malikah seluruh tubuh badannya tiba-tiba menggeletar, cer teka why ? "

" Main teka teki pulak. Tah. maybe sebap caiq sangat kot. "

" No. Abid terus teringat Tuhan-Nya, dan terus memohon
" Aku Takut Kepada-Mu Allah, Bagaimana aku akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan maksiat aku nanti.? Al-Malikah terkejut. Entah kenapa ucapan Abid tadi menjadi wasilah yang membuka ruang kesedaran kepada Al-Malikah. Di luar dugaan, pelacur itu tersentuh mendengar ucapan Abid sebentar tadi. Abid dengan pantasnya berlari keluar dan menjauhkan diri dari Al-Malikah.

Kakinya terus berlari tanpa menoleh sikit pun ke belakang, namun tanpa diduga Al-Malikah mengejar Abid bukan sebap nak paksa melakukan maksiat tapi dia merayu agar Abid menikahinya. Perempuan itu menangis di hadapan Abid sambil memegang tangan Abid. Dengan nada mengancam, Al-Malikah berkata, aku tidak akan lepaskan tangan kau selagi kau tidak berjanji menikahiku. Namun usaha Al-Malikah sia-sia, Abid yang masih ketakutan terus melarikan diri jauh daripada perempuan itu. "

" Allah. . Allah. . dah tu ? "

" Keteguhan dan kekuatan iman Abid telah menawan hati, mata dan fikiran Al-Malikah. Dirinya nekad dan mahu keluar daripada kehinaan itu. Dia pun mencari Abid hingga ke pedalaman. Pencarian itu memakan masa bertahun lamanya. Huh, you think kau boleh sesetia begitu ?

Mencari bertahun lama ? Saya kenyit mata pada dia sambil membetulkan tudung yang masih belum terurus. Tapi sayang, kerana ketakutan yang amat, Abid berlari sejauhnya ingin bersembunyi dari pelacur itu, lalu pengsan dan menemui ajalnya. Berita itu sampai ke pengetahuan Al-Malikah, sehingga akhirnya perempuan itu sedih dan bertekad mahu memilki keteguhan iman yang tidak ada tolak bandingnya dengan Abid. "

" Ya Allah, kenapa sebak sangat. . mata aku masuk habuk banyak ni. "

Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself. Well said, manusia suka tuding jari kehidupan orang hari ini, but tomorrow who knows ? Menurut riwayat, Al-Malikah merupakan salah satu dalam golongan Bani Israil yang menjadi penghuni Syurga Allah. Orait, The End. I must to go now.

#FromFacebookKakHassanah

11 July, 2015

Surat Dari Stalker Yg Mencintai Saya : Tapi Saya...Dia Siapa ??

Assalammualaikum & Hai...

Kisah Sepucuk surat yg ku terima...
Malam raya...
Aku baru sahaja nak melelapkan mata..ngantuk betul lepas berwhatsapps dgn kwn2..
Ibu mengetuk pintu bilikku..Menghulurkanku sepucuk surat.
Apa ni, mak?
Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.
Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat. Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali. 
Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat....

Assalamualaikum Awak..Maaf mengganggu..
Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?
Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam.Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.

Sejak tahun2 dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawih.Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu &tunggu, awak tak datang2 juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak. Kecewa sendiri."

"Saya decide untuk meninjau2 masjid dan surau yg berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana2.Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dgn laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan2 makan2. Begitulah rutin awak setiap hari."

"Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yg awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih ensem dan sado dari mereka yg awak kenali.” Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke org ni? Aku menyambung baca. 

"Saya sedih. Sangat sedih. 
Saya tetap menanti awak di pintu masjid yg awak katakan. Setia menanti. Cuma nk melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sgt dpt tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah.  Tapi, gembira saya tak lama
."

"Awak hilang lagi. Tak dtg lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dgn harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi2. Bayang awak pun saya tak nampak."

"Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dgn fon. Malam kadang2 awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis2 dgn internet & gajet. Kadang2 saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda2 tu? Apa penting sangatkah mereka?"

"Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga. Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup2. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.

Tak peduli yg saya sayang awak. Sayang awak sangat2. Tak peduli yg saya ambil berat tentang awak sangat2!. Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nk tengok awak jadi manusia yg baik. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda2 lagha. Namun, hajat tak kesampaian."

"Cukuplah sampai sini.
Saya ambil keputusan utk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dgn hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yg tidak bermakna saja pada awak. Biar berjauhan. Awak kenal siapa saya.”

Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua. .

"Saya Ramadhan
 Jaga diri, jaga iman. Selamat tinggal.”

Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu. 
Ya ALLAH. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar utk bertanyakan mak siapa yg bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap.


Hilang.. Aku menangis..menangis semahu-mahunya..dan aku tersedar dari lena dimalam yg hening.. Allahurobbi… #‎MuhasabahDiri .
PS: Ramadhan masih berbaki. Usahakan.. jom ubah...

10 July, 2015

Seri & Faiz : Ragam Anak

Assalammualaikum & Hai ..

Hehe..lama cma tak tepek cerita pasal anakanda berdua ni..
Alhamdulillah.. dua dua pun sihat.. baru je abes exam bulan mei lepas..
Alhamdulillah.. dua dua pun dapat keputusan yg memberangsangkan..

Seri dapat no.1 dlm kelas dgn keseluruhan markahnye 96% - 100% ..
Doa2 ringkas pun banyak dia dpt hafal.. surah2 pendek pun lulus jugak (hafazan)
Bunga2 hati umi ni ha…membaca dan mengeja pun Berjaya jgk.. heheeee

Faiz dapat no.5 dlm kelasnye.. markah pekse pun dlm 78% -80% . usaha lagi ye dik..
Doa2 ringkas dan surah2 pendek pun Alhamdulillah.. sama naik dgn kakak seri..mmbaca dan mengeja tak lepas lagi
Seri terpilih utk menyertai hafazan peringkat sekolahnye...doakan kejayaan seri yer!

Sekarang ni derang tgh hafal ayat kursi.. walaupun sepatah sepatah, tapi dah nak masuk ayat penghujung dah.. Alhamdulillah.. seronok umi rase.. semoga mmbesar menjadi anak yg soleh solehah.. (lupa nak snap report card derang) huhuh..

Bab puasa? Adeh… masih gagal lagi..

Seri setakat ni dia masih nak berpuasa.. mcm minggu pertama hari tu, puasa setengah hari.. minggu kedua puasa tak makan ( tapi minum) nak minggu ketiga ni cma usahakan ajar dia utk pose penuh.. (doakan..doakan.. aminn)

Faiz? Budak bertuah ni lagi hebat.. hehe.. mmg tak berpuasa dia.. jenuh  mengtrain.. tak lepas2 lagi.. bila dah haus sangat terus pi carik air.. adehhh..
Tapi kat sekolah dua2 jaga adab, tak mkn tak minum.. baguih baguih..

Hmm.. nak mendidik anak ni mmg perlukan kesabaran kan? Cma sendiri pun kadang2 naik hantu jgk dengai perangai derang..tapi tu lah.. marah mcm mana pun sapa tak sayang anak kan..? org tak berperikemanusiaan jer yg sanggup dera anak sampai cacat gitu *nauzubillah minzalik*

Cma sekarang tgh focus solat.. tgh derang ni bersungguh2 nak belajar solat, eloklah dgn cma sendiri mengrajinkan diri utk ajar diorg.. seri, bacaan & surah2 semua dah lepas. Kiranya, kena touch up sikit2 lagi,nak lengkaplah solat tu, Cuma faiz jer banyakkkkk lupa..ini budak banyak mainnnnn.. hahaha.. mak kamu ni stress anak.. adeh.. pelan pelan…pelan.. (doakan cma kuat yer kwn2 semua)

Huhu…sekian citer panjang lebar … seri dengan faiz sampaikan salam assalammualaikum & peluk cium buat semua yg sudi singgah baca entri merapu ummi ni sampai habes.. heheeh
*allahuakhbar.. kejapnye masa berlalu pergi..tak terasa dah nk masuk ke 10 mlm terakhir Ramadhan.. malam lailatulqadr..sama2 kita menjadi tamak haloba merebut keberkatan malam seribu bulan ni..dan semoga allah menerima segala apa yg kita kerjakan.. aamin.. aamin..*

09 July, 2015

Kuangjaq! Saket hati betul ..

Assalammualaikum & Hai..


Hamoih hang CMa, kemain budi Bahasa,maneh sungguh na..
Bhahaha.. sekali skala nak marah.. kita manusia.. mesti ada perasaan marah tu ye dok?

Hmm.. apekehe yg marah sangat ni?
TO BE HONEST, CMA CUKUP PANTANG DGN MEREKA YG TAK PANDAI MENGGUNAKAN LAMPU ISYARAT (SIGNAL) KERETA.
HA… 
caps lock I bagi.. Pantang sungguh! Rasa mcm nk nak bagi kaki dgn steering lock kereta tu.. bhahaha..

Sungguh la haih.. cma kalo g keja mmg selalu bwk moto, maklum le..jalan raya kat mesia ni tak pernahnye x jem. Lagi2 kat Bandar Sunway ni ha.. kalu bwk keta pon bila duty on weekends jer..so cma lebih prefer bwk moto hari2 biasa..

Yang tak bestnye… selaluuuuuuuu cma jumpa dgn pemandu2 yg tak pandai bagi signal bila nak masuk simpang, keluar simpang, or tukar haluan..

Kamon laaa… jalan raya takda cop mohor sendirian berhad.. aci dan je nak masuk.. cma pernah sekali,teksi tetiba ubah haluan, tak pasal2 jadi superman kat jalan raya tu.. dah la sakit, malu lagi.. haihhh.. nasib baik malam.. dan luka pun tak teruk.. Cuma ibu jari tu kaki tu terkopek dan ade garis2 kat siku… nasib jugak ade abam2 yg tolong..siap soh pegi wat report. Tapi cma malas nk panjang citer. Balik je la… 

Boleh dikatakan hari2 cma facing masalah ni..tatau mana pegi kesedaran sivik pemandu2 ni… Alhamdulillah la sempat elak..dalam hati tu berkata2 jugak la..
Kalo tak sempat? Maunye melayang nyawa..

Kat sini, cma nak bagi pesanan khidmat masyarakat.
TOLONG….TOLONG…..TOLONGLAH GUNAKAN LAMPU SIGNAL TU BILA NAK UBAH LALUAN,KELUAR SIMPANG, OR MASUK SIMPANG. TOLONG..TOLONG.. TOLONG… tak kena gst pon bila guna..

Selamatkan nyawa..tak kesahlah hampa drive or ride, tolonglah gunakan…
Sekian.. 

Luahan hati rakyat marhaen.~Meh

08 July, 2015

07 July, 2015

Posisi Mana Yang Akan MATI Dulu?

Assalammualaikum & Hai ..


Ehehe..
Merujuk kepada gambar kat atas,
kalo hampa tera, sapa yg mati dulu?

 A?  B?  C?  D?  E?

Malas nk cari jawapan? hehe.. jawapan ade kat bawah.. scroll ...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

jawapan? semua pon mati, tapi D yg mati dulu

tiada kena mengena diantara yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia..
ni video penuh..


hmm.. ari ni entri merapu sungguh la haihhhh

06 July, 2015

Batuk Oh Batuk

Assalammualaikum & Hai ..

Dis batuk is killing me * chewahhh spekang London konon*

Hmm.. Cma batuk sejak dari penghujung april sampai ke la ni .. stress sungguh ..
dlm 3 bulan tu takde la batuk terus .. batuk tu kejap² ade.. kejap² tade..

kadang tu seminggu direct batuk.. pastu seminggu x batuk.. pastu dtg balik.. nasib jgk bukan batuk kering.. mcm batuk berkahak la. siang² berkahak.. kalo mlm² bukan kahak .. die mcm buih² putih tu.. blh mnyebabkan muntah jgk la.. huhu..

td bru pi jumpa doc. kene observed dlu seminggu ni dgn couples of ubat kena habeskan dlm seminggu ni jgk.. harap² sangat baiklah batuk ni.. kalo tak kene follow up dgn pakar paru² plak.. uiiii.. nak gugur jantung bila doc habaq mcm tu..

doakan batuk cma baik yer.. dr ubat² moden sampaila yg tradisional remidi cma dah telan. blm ada kesembuhan lagi. huhuhu..

syafakillah buat diri sendiri..

*Mok, I Miss you ... *

05 July, 2015

Bintik Kolestrol Pada Mata (Milia Seeds)

Assalammualaikum & Hai ..


Lately ni  kan, CMa perasan kat bawah kelopak mata ni mcm ade biji2 kecik.. mcm rupe jerawat pun hado.. tapi tak sakit bila tekan..ada 2 biji timbulnye..

Gegehla gi gugel kesana kemari..so, ini hasil yg Cma dapat..
Rupenye bintil2 tu berpunca dari kolestrol yg tinggi dalam badan.. erkkk.. seingat cma takdew pulak cma tibai makanan berkolestrol 2-3 bulan ni. Huhuhu.. tak pelah..mende nak ade kan..

Sedikit Info Mengenai Bintik Kolestrol (Milia Seeds) , Punca – punca dan cara menghilangkannya :-

Tanda-Tanda Kolestrol Tinggi

Jom periksa sama ada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah:-
 *Sering berasa kebas-kebas pada kaki. (cma slalu rase kebas pd tgn)
*Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
*Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
*Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
*Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
*Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
*Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
*Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya. Hargailah ia sebelum terlambat!

Cara Atasi Bintik Kolestrol:- 
Kurangkan makanan yang bergoreng serta berlemak yang tinggi kandunagn kolestrol. Kolestrol Jahat ialah kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan dan dikenali sebagai LDL. Kolestrol baik dikenali sebagai HDL.

Contoh makanan yang perlu dikurangkan ialah daging, majerin dan dessert yang manis-manis.Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan. 
Amalkan makanan yang mengandungi Omega 3.

Contoh paling senang, Ikan. Tingkatkan pengambilan ikan. Ikan yang katanya Omega 3 tinggi ialah ikan keli. Ikan laut pun boleh. Cuma risaukan logam2 berat yang terdapat pada sisik ikan pulak nanti.
Lebihkan bawang putih dalam masakan kerana bawang putih terkenal sebagai anti-radang serta antibiotik semulajadi. Apabila badan kita tinggi kandungan kolestrol, badan akan mudah mempunyai radang.

Ramai yg bagi cadangan soh telan omega ikan.. erkk.. satu2nye omega yg cma buleh telan adelah OMEGA GUARD produk dari Shaklee tu.. pernah la try mkn sebijik..hehe.. lepas ni kena beli la supplement ni..huhu…

04 July, 2015

Salam Nuzul Al-Quran 1436h


Assalammualaikum & Hai ..

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Nuzul Al-Quran buat semua readers & Followers *Cehhhh bajet retisssss* :p


03 July, 2015

Awas! Jangan Terlebih Minum Air Ketika Bersahur

Assalammualaikum & Hai…

Huk huk huk.. cma baru tau kata jangan terlebeh minum air bila bersahur.. kalo tak nanti, lagi banyak kita minum, lagi banyak kita buang.. nnti boleh menyebabkan badan kita terhidrat..huhuuh...

Tips Minum 8 gelas Air sepanjang berpuasa dibulan ramadhan:-
  1. 1 Gelas selepas Azan Maghrib.
  2. 1 Gelas selepas Solat Maghrib.
  3. 1 Gelas selepas Makan.
  4. 1 Gelas selelepas Solat Isyak
  5. 1 Gelas selepas Solat Terawih.
  6. 1 Gelas Sebelum Tidur.
  7. 1 Gelas selepas Bangun Sahur
  8. 1 Gelas Selepas Sahur.
*Banyaknye gelas.tetiba rendu plak kat WakGelas tuu..hehe*

pesanan dari abam kevin
take note ye kawan kawan

02 July, 2015

Jangan Makan KURMA Ketika Iftar


Assalammualaikum & Hai...

Jangan Dahulukan KURMA Ketika Iftar?
hamoihhh CMa, mazhab mana hang pakai ni? bhahaha..


jangan Mara na....

01 July, 2015

Jom Kita Amalkan Minum Air Nabeez


Assalammualaikum & Hai...

Air Nabeez Ni Adelah Air Rendaman Buah tamar  Ataupun Kismis. Rendaman Sehari Semalam..Nak Jadi Sihat, Cergas ,Otak Cerdas, Bertenaga Di Bulan Ramadhan?
Ni Cma Share Cara2 Nk Buat Air Nabeez (Detoks)

1. Tuangkan Air Kosong Ke Dalam Gelas Sebelum Tidur.
2. Rendam 21 Biji Kismis @ 3 Biji tamar Dalam Air Minuman Tersebut..
3. Minum Air Rendaman Dan Makan Isi Itu Keesokan Paginya Sebelum Bersahur..
Amalkan Setiap Hari Untuk Mendapatkan Tubuh Yang Cergas, Minda Yang Cerdas, Mata Yang Sihat Dan Badan Yang Bertenaga!

Air Nabeez Adalah Air Rendaman Tamar Di Rendam Dalam Air Kosong Semalaman (Dalam Bekas Yang Bertutup) Dan Diminum Keesokkan Paginya.
Sumber Mengatakan: Air Nabeez Nie Kegemaran Rasullah S.A.W. Nabi Akan Rendam Beberapa Butir Tamar Atau Kismis (Salah Satu) Di Dalam Air Untuk Semalaman (Dalam Bekas Bertutup) + Minum Air Rendaman Tamar Tu Diwaktu Pagi. Air Tu Nabi Minum & Buah Tamar Yang Dah Lembik Tu, Nabi Telan Sekali. Oleh Itu Air Nabeez Nie Dikatakan Sebagai Sunnah Nabi.

Talk About Infused Water. Org Barat Baru Sekarang Faham Dan Baru Nak Popularkan Kaedah Infuse Water Nie. Nabi Kita Dah Buat Lama Dah.

Khasiat ,
Terlalu Banyak Khasiat   Yang Menjadi Sunnah Rasullah S.A.W. Ini.

Nabi Muhammad SAW Bersabda:-
 “Rumah Yang Tidak Ada   Di Dalamnya, Akan Menyebabkan Penghuninya Kurang Sihat”.

Nabi Muhammad SAW Bersabda:-
 “Berilah Makanan Tamar Pada Wanita Yang Hamil Sebelum Dia Melahirkan, Sebab Yang Demikian Itu Akan Menyebabkan Anaknya Menjadi Seorang Yang Tabah Dan Bertaqwa (Bersih Hatinya)”.

Abu Abdillah Berkata:-
“Buah Tamar Adalah Salah Satu Buah Yang Berasal Dari Syurga Dan Dapat Mensirnakan Pengaruh Sihir”.

Abu Abdillah Berkata:-
 “Orang Yang Memakan 7 Buah Tamar Yang Baik Sebelum Sarapan, Maka Pada Hari Itu Dia Tidak Akan Tertimpa Racun, Sihir Dan Tidak Diganggu Syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq Berkata:-
 “Barangsiapa Memakan 7 Buah Tamar Yang Baik, Maka Cacing-Cacing Yang Ada Di Perutnya Akan Mati”.

Sabda Rasulullah SAW :-
 “Barang Siapa Yang Makan Pagi Dengan Tujuh Butir Tamar Ajwah, Maka Tak Akan Mencelakainya Racun Dan Sihir Dihari Itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari Segi Kesihatan Tubuh Badan, Tamar Telah Dibuktikan Sebagai:-
1. Pemberi & Pemulih Tenaga (Ini Antara Sebab Kita Disunatkkan Memakan Tamar Sebaik Berbuka Puasa)
2. Tinggi Kandungan Fiber ~ Mengelakkan Kolestrol Jahat Dari Terkumpul Di Dalam Badan. Sangat Bagus Dalam Mengelakkan Sembelit (Atau Meredakan & Memulihkan Diri Dari Sembelit)
3. Pemberi Zat Besi Yang Sangat Bagus.
4. Kaya Pottassium ~ Penting Dalam Penjagaan Jantung & Menstabilkan Tekanan Darah

Khasiat Air Nabeez
Air Nabeez Nie Adalah Minuman Berakali, Yang Mampu Menolong Membuang Asid Dari Perut Dan Sistem Pencernaan Badan. Juga Membantu Badan Untuk Menyingkirkan Bahan2 Toksin Dari Badan. Dalam Ertikata Lain ~ Sebagai Detox.

Disebabkan Air Nabeez Nie Tinggi Kadar Fiber, Ia Mampu Membantu Proses Pencernaan Yang Baik & Meningkatkan / Menajamkan Fikiran. Agar Kita Tidak Mudah Lupa..Sangat Bagus Untuk Memulihkan Lemah Tenaga Batin.Juga Bagus Untuk Pesakit Arthritis & Pesakit Gout.Kerana Air Nabeez Membantu Menuetralkan Kadungan Urik Asid Di Kalangan Pesakit Gout.

Cara Membuat Air Nabeez
Rendam Beberapa Butir Tamar (Seelok2nyer Bilangan Ganjil) Ke Dalam Air Masak Dalam Jug Air / Gelas. Seelok2nyer Dibuat Waktu Petang / Malam, Dan Pastikan Jug Air / Gelas Tu Bertutup. Keesokkan Paginyer (Dalam 8-12 Jam Selepas Direndam), Air Tu Bole Diminum & Buah Tamar Yang Telah Lembut Tu Dimakan Begitu Sahaja.
Tamar Yang Elok Digunakan Adalah Tamar Ajwa. Tapi Kalo Takde Tamar Ajwa ~ Sebarang Tamar Lain Pun Boleh.

Pantang Larang Dalam Membuat Air Nabeez
Hanya Gunakan Salah Satu Daripada Buah2an Pada Satu2 Masa. Tak Boleh Campurkan Tamar & Kismis Untuk Membuat Air Nabeez.
Maksudnyerr,Kena Buat Dalam 2 Bekas Yang Berasingan Kalau Nak Minum Nabeez Tamar Dan Nabeez Kismis.Air Nabeez Nie Kalo Disimpan Di Dalam Peti Ais ~ Boleh Tahan 1 ~ 2 Hari Je.