♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

31 December, 2014

2014- Terima Kasih :)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

huhu...dekat sebulan blog tak berhapdet...terbiar sepi...maafkan saye..

harap blog ni xkan ditinggalkan sbgi kenangan..cehhh..hape la yg daku merepek ni..

ahaha..nak jgk buat penutup entri.. terima kasih 2014 utk tahun yg penuh suka,duka dan liku..semoga tahun 2015 akan lebih baik..insyaallah...

selamat menyambut tahun baru kepada yg menyambutnya ya..opss.cma xsambut..✌✌✌

#PrayForPantaiTimur
#PrayForGaza
#PrayForRohingya

sehingga berjumpa lagi..
wasalam....

12 December, 2014

Resepi Mudah ‘Flourless Pancakes’

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Jumaat..

Heh heh.. resepi lagi.. resepi ringkas jugak.pancakes a.k.a lempeng.. sodap dimakan.. ni versi lempeng pisang tanpa tepung..

Resepi mudah ‘pancakes’ tanpa tepung.

2 bahan je :-
Sebiji pisang
2 biji telur

Cara :-
1.   Satukan pisang dan telur
2.   Pukul/penyek/blender 2 bahan ni sehingga sebati/Smooth
3.   Goreng tanpa minyak.
4.   Siap untuk dimakan.
Tara..dah siap.. tapi versi ni manis potong kaki.. hahaha..sekali sekala melayan okey jugak..nyum nyum nyum..

#SayyidulAyyam
#SurahKahfiJanganLupa


11 December, 2014

Resepi Jejari Coklat Mudah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Khamis.. 

Hari ni Cuti Umum untuk warga2 selangor bersempena Hari keputeraan Sultan Selangor.Cma? daku bekerja ini hari.. huwaaaa….. hahaha.. kerje sajelah… :p

Ni CMa nak share resepi paling mudah, senang ringkas gilerrr nak buat *tapi tidak gila bila memakannya* hahaha..

Resepi Jejari Coklat.

3 jenis Bahan2 yg diperlukan :-
Biskut Jejari Kosong
Coklat Masakan
Badam Cincang

Cara membuatnya :-
1.    Cairkan Coklat Masakan Secara Double Boiler.
2.  Masukkan Badam cincang kedalam coklat dan gaul sebati.
3.  Celup Jejari biskut kedalam coklat, susun dalam Loyang dan biarkan seketika untuk coklat mengeras.
4.  Siap untuk dimakan.

Note: Boleh aje pelbagaikan kekacang dan guna coklat putih teww



Tara… haha..sekali pandang dah macam rupa sekut pepero tu jer kan..? nah.. buat sendiri,simpan stok byk2 bila rasa nak makan, ngap aje..hihih..

Sekian..selamat bercuti & selamat mencuba..
Bai bai bai…

08 December, 2014

Mengelakkan Jaundice Sejak Dari Ibu Mengandung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Isnin..
Sedikit perkongsian utk ibu @ bakal ibu..
Beberapa cara boleh diamalkan ketika mengandung bagi mengelakkan bayi yg dilahirkan kena Penyakit Kuning (Jaundice)
Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

NEONATAL JAUNDICE
jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.
Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu 'jaune' yang bermaksud kuning. 
Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.
Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) dan Exchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu.


Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.
Wassalam.

07 December, 2014

Punca cepat lapar.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Ahad…
dear me :)
Sebelum ni kan,cmaasik nak makan jeeee…. Walaupun pagi tu dah amek heavy/ light bekpes, tak sampai tengah hari dah sibuk cari nak makan lagi…

Nasi? Roti? Susu soya? Kadang3 tu ade jgk ganti dgn supplement Shaklee yg ESP tu, tp tetap jgk rasa lapar.. wuuuuu… kenapakah? Cma rasa mcm cacing jerr… hahahaha.. kena carik ubat cacing ni… kasi cleanse itu cacing yg tak bermanfaat.

Dalam dok pikir pasal ubat cacing tu, ttp jugak gegeh menggogle punca2 or faktor yg menyebabkan kita kerap lapar, meh cma share dgn uols.. :)

Pernahkah mengalami situasi berasa lapar kembali walaupunbaru sahaja selepas makan. Makan berulang-ulang kali dalam kuantitiyang banyak boleh menyebabkan masalah obesiti dan menjejaskankesihatan tubuh badan. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini?Berikut dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan kita berasa cepat lapar:

1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil kajian daripadah University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
 2) Kerap makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin. Ia menyebabkan kita terdorong untuk makan berulang kali yang menjadi salah satu punca terhadap masalah obesiti. Kita boleh makan makanan bertin, tetapi elakkan daripada terlalu kerap.


3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua kali ganda berbanding yang mengambil 500 kalori. Sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan kita makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari.
 4) Tidak makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, anti oksida dan nutrien yang membantu rasa kenyang tahan lebih lama. Serat dalam sayur-sayuran dapat membantu untuk sistem pencernaan. Nutrien seperti vitamin dan mineral pula mampu meningkatkan imunisasi dalam badan. Seeloknya pilih sayur-sayuran segar untuk dimakan bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.
 5) Tidak minum teh kurang gula
Minum teh kurang gula selepas makan akan membuat kita berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak.
6) Kurang minum air putih
Kita perlu minum 8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari, seeloknya minum air putih sebelum mengambil makanan. Kekurangan air dalam tubuh badan berpotensi untuk meningkatkan tahap kelaparan yang akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. 
 7) Kebosanan

Sekian punca2nya.. hmm.. cma dapat klasifikasikan sendirik.Punca Lain yg menyebabkab cma lapar adalah BOSAN .. cma kalo frust/ sedih mesti rasa lapar yg over.. hmm.. mungkin jgk tu ye..asal bosan je.. mkn nasi.. asal bosan jer makan nasi.. sbb utama cma nak diet sbb BMI cma dah overweight..

sekrg ni pun byk baju tak muat.dan paling menakutkan kaki cma dah mula rasa sakit bila berdiri lama..dan kadang2 macam kena ‘karen’ kat buku lali tu..kerap jgk kena ‘karen’ tu.. cma diet bukan semata untuk cantik..tapi untuk SIHAT.. esok lusa bila lalai jga pemakanan, sakit, sape yg susah? Wuwuwuwuwuw..
*tetibe

06 December, 2014

Resepi Roti Loyang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam sabtu..
berkurun entri ni dok dalam draf.. meh kita publish.. ehhe..

mesti ramai dah cuba roti ni kan..? sedap.. gebu..gebass..
cekidaut....
Resepi Roti Loyang

Bahan2

500gm tepung roti (boleh juga gunakan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum)
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver (boleh diabaikan jika tiada)
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softener


Cara2
  1. Campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan.
  2. Masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
  3. rehatkan 30minit dan kendian tumbuk keluarkan angin
  4. Bulatkan dan rehat hingga doh naik 2x ganda
  5. Bakar suhu 180c   
Siap..selamat mencuba ya..

p/s : boleh dihiasi dgn taburan cheese,gula, choc chip, choc rice, etc yg uols suka..

04 December, 2014

Resepi : Sup Pembakar Lemak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
SalamKhamis.

Alahai…. Lamanya belog kesayangan hamba ni terbiar sepi! Huk huk huk…
Mahap semua..Lately CMa super-duper bz.. [tapi sempat jer setagrem & pesbuk] ehehe..
CMa minta maaf jgk sbb tiada jejak balas berlaku.masa terlalu mencemburui.:’( 
Insyaallah.. ada masa, pelan2 cma kayuh mai jejak na…

Sekarang ni kan, cma tgh mood ‘Berdiet’.. Konon nak target berat badan 65Kg sebelum berakhir December nanti..adela tinggal  dalam 27hari lg. Berat sekarang 73Kg. menangis tengok penimbang tu.. huhu..
Campur tolak semua ada kira2 8-9kg nak reduce. Mampu ke?? Huhu.. insyaallah…Kita ‘DUIT’
Eeheh..

Ni CMa nak share resepi ‘SUP PEMBAKAR LEMAK’ ha kauu.nama tak hengat..ni cma screen short entah dari group mana lupa sudah… huhu.. mintak halal ye..

Menu ni dah jadi menu WAJIB utk cma setiap hari.. So far, So Good.. tak de la lapaq tahan ketaq lutut,mengigil perut je ade.. eheh..sedap..kenyang & berkhasiat.. sup ni tak de lemak/karbo.so bolehlah makan secara kerap.

Bahan-Bahan;
3-6 Bawang Besar Bombay
10 Biji Tomato
1 Btg Lobak Merah
1 Bunga Kobis
2 Biji Lada Capsicum
Air

Cara-Cara;
Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air,rebus selama 10 minit atau sampai empuk.Siap!

P/S: Portion cma buat cikit jer.ubah suai sendri.tp ttp menu yg sama dan cma tambah garam bukit.sikit jer.[Pengambilan Garam berlebihan akan menyebabkan kita berasa lapar]
Sekian.. cubalah.. cuba… :)

03 December, 2014

WW: Ladang Pahalaku :)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

salam rabu..
Biar gambar berbicara.. :)
 
  
  
  
 
 
  
  

bai bai ^_^