السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Khamis..
Sekang ni, kalau ada saman tertunggak walaupun rm50 ttp
jugak kene bayar..kalo tak nnti, roadtax tak buleh renew.kalau tak pon, kena
waran tangkap. hew hew hew..
Menyemak saman trafik tertunggak PDRM (Polis DiRaja
Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System
(AES) teramatlah mudah sekarang. Anda boleh membuat semakan secara online
ataupun menerusi SMS.
Semak saman secara online
Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan
kesemuanya percuma:
A) MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ
dan AES di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Layari www.myeg.com.my.
2. Anda
mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
3. Login
menggunakan nama dan kata laluan.
4. Klik
eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
5. Pilih
pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar samankenderaan anda.
6. MYEG
juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya
terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.
B) Rilek e-Services
1. Laman
ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.
2. Layari laman Semakan
Saman PDRM dan daftar (sekiranya belum daftar).
3. Login
menggunakan nama dan kata laluan.
4. Klik
"Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
5. Anda
juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan
perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.
C) JPJ
1. Laman
ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.
2. Layari laman Semakan
Saman JPJ.
3. Di
bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk memilih
kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
(contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
(contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
4. Isikan
semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
5. Akhir
sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di
sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".
D) Semak saman melalui SMS
Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 50 sen akan
dikenakan.
Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:
►
Untuk semak saman PDRM
Taip POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan
atau pendaftaran kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS
ke 32728 atau 15888.
Contoh:
POLIS
SAMAN 841220122332 atau
POLIS SAMAN WEP1234
Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej
seperti berikut:
POLIS SAMAN [No. Kad
Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] [email]
dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan
dihantar ke alamat email tersebut.
Contoh:
POLIS SAMAN
740523015555 pemandusopan@gmail.com
►
Untuk semak saman JPJ
Taipkan
JPJ SAMAN [No. Kad
Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 841220122332 atau JPJ SAMAN WEP1234
Ha.. cek jgn tak cek, kalau ada saman tu cepat2 langsaikan..
err… cma pun ade saman.. nnti baru bayar.. har har har.. :D
Sekian.. ^_^