بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat
allah yg maha esa hendaknya...Salam Jumaat..
Sekadar perkongsian.. cma pun baru tahu..baru nk mula
amalkan doa ni.. Ya Allah... mudahan allah perkenankan dan permudahkan niat
kita dlm membentuk keperibadian sendiri dan juga anak2..
Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak
solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai
je.. tapi tak solat. Bila
saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.
Saya rasa marah sangat... dah la tak solat...menipu pulak... Disebabkan perasaan marah, saya pukul
anak saya.... Maasyaa Allah, saya
tahu saya dah buat silap.
Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.Saya dah pukul anak saya, saya dah
bebel-bebel, saya dah bagi warning...tapi anak saya tetap tak berubah... susah
dan liat nak solat..
Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu
cerita.Dia ada pergi ke
rumah salah seorang kawan lamanya.Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya
terus bergegas bangun untuk solat.
Solat..Tanpa perlu disuruh....
Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya
solat tanpa perlu disuruh.. Beliau
berkata:-
“sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih
amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali
solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan
saya yang dulu liat solat dah mula berubah... solat
tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya
kejutkan.Dan
Alhamdulillah,adik beradik yang lain pun semuanya
ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40 Dan Doa adalah ...
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min
zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa''
maksudnya :-
[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku"
InsyaAllah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat
bersama....اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن