♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

27 June, 2014

Sebelum Ramadhan Tiba,

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Jumaat semuanya..
Alhamdulillah…alhamdulillah…allah masih lagi memberi kita satu hari lg utk bernafas dan meneruskan hidup.. Alhamdulillah..


Huhuhu….mengesot betul la nk update blog sekarang..apepun, cma nk ucapkan terima kasih byk3 buat uols yg masih sudi datang singgah tinggal komen..sayanggg uols kerana allah taala..

Okeh..tgh rajin nk menaip ni.. tgk calendar, Ramadhan makin dekat..kurang 48jam jer lagi uols..pejam celik!

Bismillahirahmanirrahim…
Sebelum Ramadhan tiba, CMa selaku pemilik blog cintai aku seadanya ,fbcmashiema & Instagramcmashiema dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas kata2 atau komen2 yg cma dilemparkan tanpa cma sedari, ianya ada yg melukai hari kalian semua.. cma minta maaf ya..

Ramadhan hanya datang setahun sekali..
30 hari yg kita nanti..
30 hari yg kita rindu..
30 hari dimana semua setanirajim dirantai kakinya..
30 hari kita berperang dgn hawa nafsu sendiri
30 hari yg kita sangat2 hargai kedatangannya..dan bila kepergiannya pula kita ratapi..
bulan dimana hambanya melipat gandakan amalan2 dan pahala..

Allahu… inilah dia bulan Ramadhan…
Marhaban ya Ramadhan..
Ahlan wasahlan ya ramadhan..


Semoga, niat kita seiring dgn apa yg kita kerjakan..semoga allah mengampunkan segala dosa2 kita, dan semoga kita hargai Ramadhan kali ini..


Buat semua.. kosong-kosong yer.. hiihi…

26 June, 2014

Semak saman secara online

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Khamis..
Sekang ni, kalau ada saman tertunggak walaupun rm50 ttp jugak kene bayar..kalo tak nnti, roadtax tak buleh renew.kalau tak pon, kena waran tangkap. hew hew hew..



Menyemak saman trafik tertunggak PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES) teramatlah mudah sekarang. Anda boleh membuat semakan secara online ataupun menerusi SMS.

Semak saman secara online
Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan kesemuanya percuma:

A) MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:
1.       Layari www.myeg.com.my.
2.       Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
3.       Login menggunakan nama dan kata laluan.
4.       Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
5.       Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar samankenderaan anda.
6.       MYEG juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.

B) Rilek e-Services
1.       Laman ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.
2.       Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar (sekiranya belum daftar).
3.       Login menggunakan nama dan kata laluan.
4.       Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
5.       Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.

C) JPJ
1.       Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.
2.       Layari laman Semakan Saman JPJ.
3.       Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
(contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567) 
4.       Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
5.       Akhir sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".

D) Semak saman melalui SMS
Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 50 sen akan dikenakan.
Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:



► Untuk semak saman PDRM
Taip POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
Contoh:
POLIS SAMAN 841220122332 atau  POLIS SAMAN WEP1234
Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] [email]
dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email tersebut.
Contoh:
POLIS SAMAN 740523015555 pemandusopan@gmail.com

► Untuk semak saman JPJ
Taipkan
JPJ SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 841220122332 atau  JPJ SAMAN WEP1234

Ha.. cek jgn tak cek, kalau ada saman tu cepat2 langsaikan.. err… cma pun ade saman.. nnti baru bayar.. har har har.. :D

Sekian.. ^_^

25 June, 2014

WW : BERSEDIAKAH ANDA?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Rabu semuanya..
tinggal kurang lebih 3 hari jer lagi...

YES or NO ???


24 June, 2014

Teka Teki teka tekuk (update : Jawapan).

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam petang.. buat ape tuww

Ekeke..petang ni cma nk ajak berteka teki dgn uols..
Teka teki versi islamik kata dia..
HADIAH?? Nan Hado ye..

Tapi satu yg cma pasti, jawapan kepada teka teki ni, sebenarnya 1 ilmu..
Kan kan kan…

Sape yg dpt jawab..alhamdulillah… sape yg tak dpt jawap pun, Alhamdulillah… bila kita tahu jawapan, kita kongsi bersama. Bab2 berkongsi/ memanjangkan ilmu ni besar pahala :)))

Tapi mmg ye..mencabar jgk soklan2nye.. dlm byk2 tu, cma dpt teka 2 jawapan jer.. kain kapan dan liang lahad (kubur)

Pastu surrender, terus menggunakan khidmat google..*Nampak sangat cetek ilmu* muahahahaha..
Takperlah..kita hidup pun perlu jugak belajar..hari2 kita belajar kan..?

Lebih putih drpd salji,lebih hitam drpd mlm,
terdiri drpd 5 huruf,terdpt dlm al-quran,
memakannya haram,meminumnya halal,
digunakan lelaki 3 kali sehari,
digunakan perempuan sekali seumur hidup.
apakah IA?



Mana yg dpt jawapan tanpa menggunakan google tu tahniah yer!
Kejap2 lagi cma share jawapan dia..nyeh nyeh nyeh…

UPDATE : JAWAPAN

Jawapannya KUBUR yang dalam bahasa Arab di sebut MAQABIR. Di eja dengan ejaan Bahasa Arab memang ada 5 HURUF jer.

Lebih putih dari salji, lebih hitam dari malam : Ada yang berpendapat, MERUJUK KEPADA AMALAN KEBAIKAN YANG AKAN MENYINAR DENGAN TERANG BENDERANG. Manakala JIKA TIADA AMALAN KEBAIKAN YANG MEMBANTU MAKA GELAP GELITALAH KUBURNYA TIDAK BERCAHAYA LANGSUNG.

Ada juga pendapat yang mengaitkan dengan KAIN KAPAN YANG BERWARNA PUTIH, MANAKALA BILA DAH DITIMBUS JENAZAH, MAKA ALAM KUBUR SESUNGGUHNYA GELAP GELITA.

Di dalam surah At-Takathur. Ayat ke-2 dah mention Al-Maqabir, tapi ejaan itu adalah untuk plural. 
Makan haram tapi minum halal : KATANYA DI LARANG MAKAN DI ATAS KUBUR, TAPI BOLEH DISIRAM AIR. 

LELAKI BOLEH MASUK KE LIANG LAHAD 3 KALI SEHARI MASA MENGEBUMIKAN JENAZAH, TETAPI PEREMPUAN HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP IAITU KETIKA ROHNYA TELAH DICABUT. 

Mengingati kubur,( mati) sememangnya satu ibadah.

Oh jerebu melanda lagi..di taman medan dan bandar sunway ni teruk keadaannya..pedih mata..asap tebal..ya allah..semoga engkau ampunkan dosa2 yg kami lakukan & lindungi kami dari azab siksaan api neraka..semoga diturunkan hujan rahmat buat kami-kami yg dilanda jerebu.. amin…

DONE ..... with bla bla bla..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Selasa..

short story..
kalo tahun lepas penah buat, mohon tahun ni JANGAN buat yer..
ekekek..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


sekian :)))

23 June, 2014

Try

Testing testing..
cubaan update thru bloggerdroid

posted from Bloggeroid

Godek Godek

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Isnin semuanya..

maaf yer pada kawan2 yg cma belom sampai jejak balas lagi.. sejak tenet kene cut ni..waktu berblog dah terhad..kalo tak, time lunch or tea break sempat ler jgk terjah..kat umah mmg cma tak hapdet..nk kene bayaq balik waktu bersama anakanda berdua tuuu.... ade tu, entry cma update thru phones jer (byk yg autopublish yerr*..kalo nk berblog walking mmg tak dapek la.. walaopun screen besaq,ttp menghadap pc jugak yg pueh hati.. mihmihmih..

apepun, bila masa mengizinkan mmg cma pulun terjah komen berdas2 gitew.. kikiki..takpe..dahulukan yg wajib jer..

hmm..godek2 nuff dan blog analysis, mendapatlah cma hasilnye.. walaupun suam2 sejuk.. huhuh...

hasil carian

penyumbang traffic

pengunjung

stats
yg ni dari blogger

stats

pengunjung

keywords
google analytic


alexa ranking


eekekeke.. sedih benau
pun menyedihkan jugak

berat : KURUS, OK, GEMUK OR OBES??

nota comot~ mungkin akan semakin tak update blog lepas ni..sape tahu? :D

22 June, 2014

Resepi Kuih Tahi Itik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Ahad...




uols pernah makan kuih tahi itik ni? Seriously, Cma tak pernah mkn.. tgk resepi mcm simple jer..mcm sedap jer.. hehe.. meh cma share dgn uols yer...

Resepi Kuih Tahi Itik yang sangat menyelerakan. Kuih tahi itik merupakan kuih tradisional negeri kelantan.Walaupun namanya agak unik kuih ini menjadi pendamping kepada kuih jala mas..yang terkenal dengan rasanya yang manis.

Bahan-bahannya
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan(dicarik-carik)

Caranya
  1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
  2. Biarkan sejuk.
  3. Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
Siap!!

20 June, 2014

Berhati Hati Diusia 40tahun


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam Jumaat... :)


Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat)iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak.Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat...

pssttt:janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

*AutoPublish*

19 June, 2014

Jawapan 'APO BONDO EH NI' Episod 1 & 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam khamis semuanya...


pada uols yg suka men game 'APO BONDO EH NI'
ha... kalo nk men tipu, cma ada jawapannye.. hek hek hek..

  1. Suka Hati
  2. Lumba Lari
  3. Terkejut Beruk
  4. Tahi Bintang 
  5. Habib Jewels
  6. Jalan Jalan Cari Makan
  7. Mati Katak
  8. Garisan Penamat
  9. Pulau Pinang
  10. Ais Batu Campur
  11. Tukang Kayu
  12. Terengganu
  13. Sheikh Muszaphar
  14. Senja
  15. Logam
  16. Madu Tiga
  17. Tajam
  18. Ikan Bakar
  19. Lagenda Budak Setan
  20. Buah Tangan
  21. Ribut Petir
  22. Cucuk Cucuk
  23. Telur Mata
  24. Filem Seram 
  25. Basikal Tua
  26. Pahang
  27. Lumba Haram
  28. Maybank
  29. Derma Darah 
  30. Malam Pertama
  31. Pintu Suka Hati
  32. Belon Udara Panas
  33. Sotong Kering
  34. Samseng
  35. Tahi Cicak
  36. Kaki Joran
  37. Pisang Goreng
  38. Takut Bini
  39. Sup Ayam
  40. Kedah
  41. Mekanik
  42. Cukai Pintu
  43. Do Re Mi
  44. Mahathir Mohamad
  45. Harimau Bintang
  46. Ulat Buku
  47. Pening Kepala
  48. Tukang Jahit
  49. Cinta Monyet 
  50. Pop Pop
  51. Tandas Awam
  52. Ombak Rindu
  53. Bulat
  54. Surat Cinta
  55. Jururawat
  56. Astro Arena
  57. Fikirkan Boleh
  58. Bulan Sabit Merah
  59. Matematik
  60. Kek Buah
  61. Belah Bahagi
  62. Cinta Tiga Segi
  63. Maggi Sup
  64. Mawar Berduri
  65. Beg Kulit
  66. Kassim Selamat
  67. Kaki Judi
  68. Le Tour De Langkawi
  69. Kaya Raya
  70. Genting Highland
  71. Pancing Undi
  72. Tidur Siang
  73. Melodi
  74. Kemarau
  75. Juara Lagu
  76. Cuci Kereta
  77. Pocket Rocket Man
  78. Chipsmore
  79. Buang Masa
  80. Piala Dunia
  81. Lidah Bercabang
  82. Jimat Air
  83. Pengawai Polis
  84. Anak Bulan
  85. Jam Loceng
  86. Litar Sepang
  87. Tahun Baru Cina 
  88. Lemang
  89. Makan Hati
  90. Tembikai Susu
  91. Mata Keranjang
  92. Kl Sentral
  93. Ayamas
  94. Nasi Goreng Usa
  95. Panggung Wayang
  96. Kaki Bangku
  97. Buku Lali
  98. Proton
  99. Konsert
  100. Zoo
  101. Kecemasan
  102. Sahabat Pena
  103. Warga Emas
  104. Roti Kaya
  105. Butik Fesyen
  106. Ali Cafe
  107. Bunga Kebangsaan
  108. Belakang Tabir
  109. Polis Trafik
  110. Haiwan Ternakan
  111. Nasi Lemak Telur
  112. Tadika
  113. Xx Ray
  114. Satu Malaysia
  115. Senyum Itu Sedekah
  116. Pintu Hati
  117. Mandi Bunga
  118. Kasut Roda
  119. Tanda Tangan
  120. Hantu Raya
  121. Mata Duitan
  122. Ombak Rindu
  123. Burger Bakar
  124. Bas Sekolah 
  125. Cak Cak
  126. Daki Gunung
  127. Gol Dan Gincu
  128. Matawang Asing
  129. Selamat Jalan

Sambungan Episod 2-Apo Bondo Eh Ni

  1. Ibu Jari Kaki
  2. Kitar Semula
  3. Pepohon Cinta
  4. Pandu Lalu
  5. Kalau Aku Kaya
  6. Konvokesyen
  7. Diam Seribu Bahasa
  8. Ubat Nyamuk
  9. Makanan Sejuk Beku
  10. Majalah Tiga
  11. Kunci Lori
  12. Malaikat Maut
  13. Mat Jenin
  14. Litar Pintas
  15. Doraemon
  16. Muat Turun
  17. Pisang Kaki
  18. Zainal Abidin
  19. Anak Angkat
  20. Permata Hati
  21. Bintang Berkelipan
  22. Carta Lagu
  23. Ekuestrian
  24. Dunia Jam Sepuluh
  25. Tamparan Wanita
  26. Tikus Baiki Labu
  27. Bertegur Sapa
  28. Intan Payung
  29. Talian Hayat
  30. Wang Muka
  31. Tidur Mati
  32. Bintang Kecil
  33. Hitam Legam
  34. Hitam Legam
  35. Pesta Tanglung
  36. Azhar ,Ansor
  37. Misai Kucing
  38. Herbivor
  39. Ilmu Pelita Hidup
  40. Mata Duitan
  41. Sirap Bandung
  42. Bulan Naik
  43. Mat Kool
  44. Masterchef Malaysia
  45. Rajin
  46. Tangkap Basah
  47. Karyawan
  48. Ayam Madu
  49. Payung Terjun
  50. Nota Kaki
  51. Ayam Masak Kica
  52. Cetak Rompak
  53. Nelayan
  54. Pecah Rekod
  55. Tua Cendawan
  56. Harta Intelek
  57. Hidung Belang
  58. Pepijat
  59. Mak Andam
  60. Halwa Telinga
  61. Pencuci Mulut
  62. Mata Mata
  63. Kepala Batu
  64. Sutradara
  65. Roti Bom
  66. Selalu Bertengkar
  67. Kopi Kapal Api
  68. Belang Tarung
  69. Telinga Kuali
  70. Budak Hingusan
  71. Bertih Jagung
  72. Aiskrim Roti
  73. Malu Malu Kucing
  74. Gerhana Ska Cinta
  75. Bunyi Gitar
  76. Batu Karang
  77. Setahun Jagung
  78. Mahsuri
  79. Bukit Nanas
  80. Siaran Ulangan
  81. Jalan Mati
  82. Akuarium
  83. Senyum Manis
  84. Kuih Bulan
  85. Batu Bersurat
  86. Irama Malaysia
  87. Dusun Buah
  88. Sabung Menyabung
  89. Klip Video Muzik
  90. Tanda Tanya
  91. Mandi Kerbau
  92. Tukar Hadiah
  93. Carianpantas
  94. Kawad Kaki
  95. Susu Kotak
  96. Melaka
  97. Simpul Mati
  98. Matang
  99. Pindah Rumah
  100. Pemburu Haram
  101. Bendera Putih
  102. Minta Perhatian
  103. Buaya Darat
  104. Lagu Rasa Sayang
  105. Kuda Padi
  106. Putih Melepak
  107. Tongkat Ali
  108. Hospital Bahagia
  109. Nasi Kukus
  110. Mata Ganjaran
  111. Genggam Bara Api
  112. Senyum Kambing
  113. Cameron Highland
  114. Kejatuhan Ekonomi
  115. Pos Laju
  116. Pesta Flora
  117. Pekerja Kontrak
  118. Masa Itu Emas
  119. Kanta Lekap
  120. Talian Faksimili
  121. Hot Fm
  122. Upin Ipin
  123. Piala Monsun
  124. Renang Berirama
  125. Tilik Nasib
  126. Pena Mata Bulat
  127. Nombor Plat
  128. Roti Pintal
  129. Ibu Ratu Hatiku
  130. Mata Air
  131. Buta Hati
  132. Jurusolek
  133. Nangis Tak Berlagu
  134. Seniwati
  135. Otak Udang
  136. Hari Natal
  137. Tenaga Nasional
  138. Cakera Padat
  139. Bskl
  140. Jurukamera
  141. Peta Dunia
  142. Dilarang Merokok
  143. Terang Benderang
  144. Ambank
  145. Bebola Ikan
  146. Batu Api
  147. Menusuk Jiwa
  148. Soal Hati
  149. Digi
  150. Duit Pecah
  151. Rakan Cop
  152. Sekaki Payung
  153. Amy Mastura
  154. Boling Padang
  155. Mendung
  156. Harap Balas
  157. Pengundi Hantu
  158. Pijak Kepala
  159. Touch N Go
  160. Mesej Berantai
  161. Nasi Jadi Bubur
  162. Mat Bunga
  163. Gejala Sosial
  164. Harimau Malaya 
  165. Panggilan Hangit
  166. Johor
  167. Poligami
  168. Lidah Kelu
  169. Siput Sedut
  170. Bunga Manggar
  171. Beruang Kutub
  172. Limau Mandarin
  173. Masam Manisubat Kuat
  174. Labu Labi
  175. Tunggang
  176. Pedas
  177. Nasi Campur
  178. Hadiah Misteri
  179. Flora Dan Fauna
  180. Warna Warni
  181. Ikan Salai
  182. Layar Mutira
  183. Telekom Malaysia Masam
  184. Arkitek
  185. Plusmiles
  186. Hospital Veterinar
  187. Sehati Berdansa
  188. Bulat Hati
  189. Tikus Makal
  190. Mata Redup
  191. Cakera Lut
  192. Peti Mel Suara
  193. Majlis Perasmian
  194. Telefon Bimbit
  195. Kelui
  196. Pokok Semalu
  197. Tamat Siaran
  198. Bulan Madu

sekian.. :D jangan men tipu.. no no no.. :p


18 June, 2014

Cara Merawat Diabetes.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam rabu..


Kepada pesakit Diabetis. [Perkongsian]
Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992.Dia baru balik dari keluar Tabligh.Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit.

Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian".
Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pancreas kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal.

Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan).Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya.

Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di Hospital Putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini.

Semoga cepat sembuh..amin...

InsyaAllah.. Sharing Is Caring 


sumber

17 June, 2014

Menu Diet Detoks 7 Hari / 7-Days Detox Diet Menu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...Salam Selasa..
Entri yg panjang berjela2..semalam punya sambungan.rajin baca, jom kita cekidaut.Yep! Ini menu CMa yer.


Hari pertama:
Hari buahan.
Breakfast,Lunch,Dinner semuanya menu yg sama.Cuma utk bekpes setiap hari cma tambah perahan lemon sikit.dan pelbagaikan buah2an.. epal,kurma,tembikai,tembikai susu.jgn lupa minum byk air.



Hari kedua:
Hari sayuran.
Sama macam menu hari pertama Cuma tukar buahan kepada sayuran. Cma pilih rebus2 kosong tanpa minyak.kosong ye,No ikan bilis, telo2, udang segala bagai..Kosong..kosong..oh..*feeling najwa latip pulakkk* sayur bayam,kurma,brokoli,kubis bunga,labu air,sawi,kalian..Minum air banyak2 yer.. 


Hari ketiga
Hari sayuran dan buahan.
Hari ni blh campoq mkn sayur dan buah sajo..lain2 takdak..
Menu cma :Bekpes air suam+lemon+kurma+epal.lunch+buahan +sayuran.dinner buahan+sayuran.air masak jgn lupa minum byk2


Hari keempat
Pisang & susu.
Hari ni kena telan sekurang2nya 8 biji pisang yg bersaiz sederhana..dan minum susu plain.pandaila2 sediakan berapa byk kuantiti utk bekpes,lunch n dinner.
Cma pilih pisang berangan,susu HL dan juga kurma..pagi ttp brekpes dgn air suam perahan lemon. tibai le telan pisang & susu ni seharian.. air kosong jgn dilupa.


Hari kelima.
Nasi dan Tomato.
Hari ni reward dpt mkn nasi.. tapi SECAWAN aje okeh.. dan mkn buah tomato merah mentah  sederhana besar tu sekurangnya 6 biji sehari.
Cma pilih bekpes dgn air suam perahan limau + kurma+tomato.lunch nasi +tomato.dinner tomato.Air suam minum byk2..

Hari keenam Nasi dan sayur Hari ketujuhHari Nasi,Sayur dan buahan.
last 2  hari ni cma tak buat, ngelat!! muahahahha

Gambar cawan yg cma gune

Hari kelapan.
Eh.. bukan dah abes ke..? muahaha…g la timbang berat uols.. selain dari menyah toksin dalam  badan, diet ni juga akan buat kita kehilangan berat badan tau..kalau betul2 consistent mesti senyum lebar depan penimbang tu.. muahaha..berat tu akan hilang 3kg-5kg..kalau dpt 3kg pun dah besar rahmat tau…

Menu2 tu, cma ade olah sikit.kalo uols nk tambah sendiri pon tada hal..tp jgn lari dari standard menu tu je le.. nk tambah capsicum ker..sayur lain ker.. blh je..mcm perahan lemon dan kurma tu,cma tambah..kalau lapa je sepanjang hari, cma mkn kurma..lapa je telan kurma..wuuuu..tapi the end of the diet, uols takkan rasa lapa kot.. yer la..pewot dah kecik.. rasa nk mkn nasi pun tak lalu..kenyang jer.. Cuma permulaan jer yg drastic sikit..tp yg pasti, uols takkan mati kebuloq.. muahaha.. :p. 

Ya allah… sedar tak sedar beberape hari jer lagi menjelang bulan ramadhan kan?..Cma puasa ganti dah settle..tp alang2 dah mula diet detoks ni.cma teruskan puasa juga..niat puasa ganti utk yg lepas2 mase sekolah menengah dulu2 tuww..yg kita terlepas pandang.. mudahan dpt terus sambung posa ramadhan..

Eh, Berjaya ke diet detoks cma ni..? muahaha.. esok cma share berat badan sebelum dan selepas diet..rasa2 ada penurunan dak? Ke, bertambah naik? (-_-)“

Salam…

16 June, 2014

16.06.14 : Muhammad Husaini Irfan


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...Salam isnin...

Hari ni adelah hari lahir boyfriend kesayangan Cma.. sape lagi..Abg Faiz La..

Anak teruna ummi yg soleh, comey, baik hati, ensem dan bijak..
Hari ini dtg lagi.. hari yg ummi anggap ‘HARI IBU’ buat ummi..

Senang melahirkan..senang juga menjaganya.. semoga besar nanti Muhammad Husaini Irfan menjadi Anak yg Soleh dan taat kepada suruhan allah dan ummi abah..

Sanah Helwah sayang!

Hari lahir kakak seri yg solehah dan cantik tu dah lepas.. bulan 3 hari tu.. hihi..

Ummi senantiasa menyanyangi dan mengharapkan yg paling terbaik buat anak2 ummi..semoga allah berikan kesihatan yg baik buat ummi dan abah dlm mendidik anak2 ummi ni jadi asset akhirat…

Ummi loves you much much much…

Jom Diet Detoks 7 Hari!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Isnin..
Alhamdulillah… selesai dgn jayanya cma buat DETOKS DIET / DIET DETOXS selama 7 hari berturut2..
Wuuuuu…. Lama tak buat diet ni, masa permulaan tu mmg mencabar jiwa raga.. rasa nk give up!.
Tapi sbb dah nk puasa, kena jugak buat diet ni..

Uols pernah diet cara ni..? mana yg beginner tu blh la mula 3 hari dulu..sbb klu terus nk buat 7 hari, pastikan mental fizikal kuat ya!!

Seelok2nya diet detoks ni dilakukan sebulan sekali..kasi cuci usus2 perut tew.. baru lah sihat..kiki..
Okeh.. membebel panjang2 tada guna juga.. Let’s check the menu!
DAY ONE
All fruits except bananas. Your first day will consists of all fruits you want. It is suggested you consume lots of watermelon and cantaloupe.
DAY TWO
All vegetables. You are encouraged to eat until you are stuffed with all the new and cooked vegetables of your choice. There is no limit on the account or type. Avoid oil and coconut while cooking vegetables. Have large boiled potato for breakfast.

DAY THREE
Any mixture of fruits and vegetables of your choice. Any amount, any quantity. No bananas yet and No potatoes today.

DAY FOUR
Bananas and milk. Today you will eat as many as 8 bananas and drink 3 glasses of milk. You can also have I bowl of vegetables soup.


DAY FIVE
Today is a feast day. You will eat 1 cup of rice.** You also have to eat 6 whole tomatoes and drink 12 glasses of water today to cleanse your system of the excess uric acid you will be producing.

** yang nie kita blh gantikan dgn lain2 makanan berkarbohidrat kalo x mkn nasi.



DAY SIX
Today is another all vegetables day. You must eat 1 cup of rice today and eat all the vegetables you want cooked and uncooked to your heart’s content.
DAY SEVEN
Today your food intake will consist of 1 cup rice, fruit juice and the vegetables you care to consume. Tomorrow morning you will be 5 to 8 kgs. lighter than 1 week ago.


Okey.. utk buat diet detoks,HANYA menu2 diatas sahaja yg dibenarkan ya.. tiada yg lain.. Let say kalu hari pertama tu kena mula dgn buah, so, sepanjang hari uols kena telan buah tau.TIADA yg lain.. NO NO NO.. tapi buah tu uols buleh pelbagaikan..kalu mkn satu jenis buah je mmg la tak lalu..muahaha.. Sebarang air AIR MANIS TIDAK BULEH MINUM juga ye.. kopi ke.. teh ke.. nescafe ke.. tak buleh

So and so jgk utk kesekian harinye.. oh ye..jgn lupe timbang berat sebelum mula diet ni yer.. kita tgk hasilnya sama2..

Esok cma share menu cma sepanjang ber diet detoks selama 7 hari.. wuwuwuwu..

Pssttt… posa dah habes ganti ka..? chaiyok2…