Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam
lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Ahad :)
Seumur Hidup CMa tak pernah buat
SOLAT TAUBAT. Tahu Cara. Tapi tak pernah buat. Bodoh Sombong sungguh hidup..
>merujuk kepada diri sendiri<.
Alhamdulillah.. bila allah taala
turunkan ujian buat kita tandanya dia sayangkan kita. Dia nk kita sentiasa
mengingatiNYA.Sudah sedar diri dan mula menjadikan solat taubat ni amalan
setiap hari..InsyaAllah.. berubah dari baik menjadi kepada lebih baik.. Jom!
CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Taubat:
“Sahaja aku mengerjakan solat
sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan surah selepas
Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah
Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah
Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir
pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Tidak ada Tuhan selain Engkau.
Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang
zalim.”
4. Setelah memberi salam
hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Aku memohon keampunan Allah yang
Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri
sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
b.
Aku memohon ampun kepada Allah
yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak
dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.
c. Baca 3 Kali Penghulu
Istighfar:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku,
Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman
dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau
berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
5. Baca Doa Taubat
Tidak ada bacaan doa khusus
selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt.
Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..
MASA
Waktu di lakukan – bila-bila masa
merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan
solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
*Sekadar memberi apa yang
mampu..Semoga membantu dan bermanfaat, waallahua'alam..
NotaSiku:Kita takkan sedar yang kita telah
melakukan dosa..dosa kecil.. mahupun dosa besar.. Jangan Sombong bila berkata ‘aku
tak buat dosa, buat apa nk solat taubat??!
Kita takkan mengetahui bila ajal
kita akan tiba.bersediakah kita? Dah Solat Taubat?? Jom!