Semoga senantiasa berada didalam lindungan
& rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Pagi Semuanya..
Nombor ape yg terkena tu CMa oiii? Nombor
Ekoq ka?? Kena Pelempang satgi baru tauuu!!.. Awat dok cerita pasai Nombor2
ni?
Cer tgk calendar islam.. hari ni, bp
haribulan? Yaaaaa... 9 Muharram.. Bersamaan dgn hari ni la! 13Hb..Pandai sayang2
sekalian.. :).
Ada yg dah mula puasa hari ni?
Alhamdulillah..semoga setiap amalan kita diterima oleh allah yg maha esa..
Cma sendiri pun lupa sebenarnye pasal Puasa
Asyura / Puasa 10 Muharram.
Tetiba semlm colleague tanye, barulah CMa
teringat..Allahurabbi..lalai sungguh..semua benda nk kena remind...baru la terhegeh2
nk ingat..huhu..
Thanks Liza ingatkan CMa :)
Kenapa
Kena Puasa 3 Hari??
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan
dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita
turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari
kesepuluh Muharram.
Perkara sunat
dilakukan pada hari Asyura:-
1.
Puasa
Sunat Asyura dengan niatnya dibaca ; Sahaja
aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2.
Melapangkan masa / belanja anak dan
isteri.
3.
Memuliakan fakir miskin.
4.
Menahan marah.
5.
Menunjukkan jalan yang
lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya).
6.
Menyapu / mengusap kepala anak
yatim(menghormati dan memuliakan mereka).
7.
Bersedekah.
8.
Memelihara kehormatan diri.
9.
Mandi Sunat dengan lafaz niatnya:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
10. Bercelak.
11. Membaca
Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
12. Solat sunat empat rakaat
dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada
rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
13. Menjamu
orang berbuka puasa.
Notasiku~ Semoga segala amalan kita diredhai dan diterima oleh allah yg maha esa :)