Semoga u all
senantiasa berada didalam linduangan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Hari ni
ingat nk share resepi kuih je la.. buleh kan?? Maklumle..mood membuat kuih
kemain ON! Lagi teww..muahaha..
Tart Nenas
Gulung
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum Cap Sauh
625 g mentega (2 ½ buku mentega)
4 kuning
telur
1 putih telur
¼ sudu teh garam halus
15-20 g gula halus (optional)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
1 kg Jem Nenas
Sapuan:
1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati
Cara
membuat:
1. Campurkan
kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm
mangkuk kecil, pukul sket.
2. Dalam
mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti
kemudian masukkan campuran telur tadi.
3. Gaul sebati.
Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
4. Sapu
atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau
sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)
Nota: Jika adunan keras atau gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg
majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut.
Resepi Asal cma godek dari SINI.
Mekasih tuan tanah! :)