Semoga u all
senantiasa berada didalam lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Berkobar2
nk buat kuih raya.. Coming soon nk buat almond London pulak…
Jom cekidaut
resepi.. ^_^
Almond
London
Bahan-bahan:
250 gram mentega
150 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum*
2 camca teh emplex* (pelembut roti Klik SINI utk imej)
*disatukan dan diayak
130 - 150 biji badam berkulit } dibakar dalam oven hingga rangup
Bahan salut:
400 g coklat masakkan
½ camca besar lemak sayur/shortening
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya
Cara membuat:-
1. Satukan
mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen
vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan
tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh
dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih ¾ camca teh dan salutkan
doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam
oven pada suhu 170C selama 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan.
4. Cairkan
coklat secara double boiler. Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau
rata.
5. Celup ‘Almond
yg botak’ tadi dalam coklat cair *cma lambak je dlm tu*
6. Golek bagi
coklat rata dan letak dlm paper cup.
7. Hias dgn
badam cincang.Siap!
Resepi asal
dari CMG Mekasih tau Cik Mat..! :)