tika dijual di pasar. Memang secara
logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak
bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ
ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah
membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya
sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau
sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang
tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi,
separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum
masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe
yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada
hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil
berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe.
Amin“
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan
sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan
tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban
kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu
masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir
mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua
tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali
lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan
apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas
doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat
tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar
sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat
kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan
doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban
ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang
perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah
menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan
menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia
membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi?
Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas
dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan
putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan
tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya,
hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang
jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang
baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar
sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau
kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia
tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada
hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih
menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak
akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi
ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi
masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya
terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun
pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan
wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Tuhan, saat ini
aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia
membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang
benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang
belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita
itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan
bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.
Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli
tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi
tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana
tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir
rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan
sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Notacomot~ Sentiasa percaya pada rezeki yg allah dah tetapkan
untuk kita... kan??
Err..saya suka mkn tempe..
uols suka?? Hihihi...