Hye
readers...semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat allah yg esa
selalu...
Selamat
pagi!!
google ads |
Wah..cantik
tarikh hari ni.. 11.11.11 ade sesape yg
meraikan ape2 hari special ke ari ni??hehe..okelah..Pepagi
ni rase ingin memotivasikan diri lagi..
Khusyukkah
solat kita..??Meh
kita baca 1 artikel ni..
Sebenarnya
khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang
bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu
orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun :
ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
"Peliharalah
segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan
berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah
Al-Baqarah : ayat 238]dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan
dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan
amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna,
maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang
bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu)
orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un :
ayat 4-5]
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang
mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka
itu lalai dalam sembahyangnya."
Nabi
s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi
seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Hadis
lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang".
serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini
sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati
sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut
perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan
sembahyang:
1.
Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang
dari punca yang halal tanpa syubhah.
2.
Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat
hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah
dijadikan yang terbaik.
3.
Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh
apakala masa hampir luput.
4.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan
dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan
dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh
orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8.
Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari
segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9.
Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10.
Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12.
Mengambil wuduk dengan sempurna.
13.
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata
ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14.
Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian
ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15.
Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis,
lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan
ketika berjemaah.
Walau
apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri
terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan
keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari
khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan
Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali
menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia
belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga
berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila
lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun
ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu
merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik)seorang hamba
terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga
waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar
Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi
khusyuk itu dalam hati."
Kesimpulannya
orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan
patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk
mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
"Jadikanlah Sabar dan Solat
sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali
bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka
akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah
Al-Baqarah : ayat 45-46].
Notacmot~peringatan untuk diri sendiri
juga..sama2lah kita pelihara solat kita..