السلام عليكم ورحمة الله....
Hye
readers..semoga kalian semua berada dalam lindugan dan rahmat allah yg esa
selalu..
google ads |
Selamat
pagi..Alhamdulillah..
Seperti yg uols sedia maklum,hari ni adalah sambutan awal
muharram..dan juga cuti umum..oh ya,esok pun cuti umum juga.Jadi kepada semua..selamat bercuti ya..marilah kita sama2
memperbnyakkan solat2 sunat..
PENGENALAN AWAL MUHARRAM
MUHARRAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam
(Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan
tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah
(shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada
Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya
Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas)
di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah
sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim
Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam
takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan
Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya
kehormatannya
Doa Awal Tahun
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad
SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas
mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke
atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun
baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi
dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad
SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas
mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk
menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku
melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka
ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian
itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai
Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu
dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha
Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari
pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu
banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10
Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya
sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran
Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan
Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang
dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus
setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi
Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang
besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit
Notacmot~buat renungan sesama kita