♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

03 August, 2015

Marah Punya Pasal, Campak Seluar Jeans Ke Muka Mak.

Assalammualaikum & Hai..
Masih mood raya kah uols?? Muehihihi..raya sebulankan…
Ni cma nak share satu cerita..kasihilah mereka, ibu dan bapa kita sehingga akhir hayat mereka..
Err… tisu mana tisu??

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. 

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. 
Kami banyak buat salah pada ayah". 

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

Readers sekalian, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik..


Copy Dari- Karyawan Bisu