Assalamualaikum
& Hai..
Sedikit
Perkongsian yg cma nk share dgn semua…
"Berat
mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"...
Pepatah lama yang
hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..
Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan
yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada
yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak..
Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata
tanpa fikir perasaan orang lain..
"Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah
tua, anak-anak masih kecil"
"Jangan la biar lama-lama baru nak dapat
anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri"
"Takde berubat mana-mana ke? Cubalah
ikhtiar"
"Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi
takde anak, dah serupa macam kain buruk"
"Bro.. Air mani kau tak power kut..."
MashaALLaH...
Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti
tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit,
tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang
kita akan hidup sampai tua?
Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada
zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo'a memohon agar
dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya
Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi
Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar
mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan
harapan biarlah "sangkut".. Alangkah kecewanya hati, alangkah
sedihnya hati bila tiba-tiba "bocor".. Air mata cepat-cepat dikesat
agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira
seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan tak nak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri
berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan
semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa
bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh
mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri?
Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak
mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya?
Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan
persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap
bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia
mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk
sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami
mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri
membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar
shopping bersama?
Anak angkat...
Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan
mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada
bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti..
Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia
sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa..
Anak angkat juga merupakan rezeki
anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes
yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah
keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan
Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan
saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu
menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi,
kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan
perkahwinan..
Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka
baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo'a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk
berbincang suami isteri..
Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan
taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak
mutlak ALLaH..
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada'
dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada
zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat..
Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa
jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu
bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka..
Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do'a Nabi
Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya'..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E
400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun
boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma..
Pastikan "bersama" di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada
hari haid pertama dan mesti "bersama" setiap 4 hari sekali dalam
tempoh 13 hari ini..
Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali
memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum..
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi
ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang
paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari
ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak
berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Hasil Nukilan:ATOK\15 Jun 2015\1.45pm
Lain2
komen :-
Jgn kan
yg xdpt anak, yg anak bederet mcm aku pon dorang kata bila nk tambah lg!!!!
Pelik btl la!!!! Aku rasa dorang nk bg hadiah 'tlg' byrkan insurans, tlg beli
susu, pampers dan support mkn minum anak aku smpai umur 18 thn kot.
Yg dpt
anak lambat lain hal, yg dpt anak 'cepat' pon ada yg bz body kirakan tarikh mlm
pertama!!!!! Imagine apa perasaan kami!
InsyaAllah..allah
tidak menguji diluar kemampuan hambanya.. berusaha, berdoa dan bertawakkal..
CMa
dulu 3 tahun kosong..alhamdulillah.. allah makbulkan doa..
kwn cma, 7 tahun
kosong.. Alhamdulillah.. allah makbulkan doanya utk memiliki zuriat sendiri..
untuk
sahabat2 yg masih berjuang, CMa doakan.. Aaminn.. allahummaAamin…