Assalammualaikum & Hai …
Cma kongsikan bersama Biodata Nabi
junjungan kita, Nabi Muhammad S.a.W .. Sejauh Mana Kita Mengenal baginda?Daripada dok sibuk hafal biodata retis yg
tak berpaedah tu, adelah lebih bagus kita mengenali dengan lebih dekat siapa
dia kekasih Allah ini dan kisah hidup baginda sejak lahir hingga Baginda Wafat.
:)
Nama:-
√Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin
Hashim.
Tarikh Lahir-
√Subuh Hari Isnin, 12 Rabiulawal Bersamaan
20 April 571 Masehi (Dikenali Sebagai Tahun Gajah; Sempena Peristiwa
Tentera Bergajah Abrahah Yang Menyerang Kota Kaabah).
Tempat Lahir-
√Di Rumah Abu
Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama Bapa-
√Abdullah Bin Abdul
Muttalib Bin Hashim.
Nama Ibu-
√Aminah Binti Wahab
Bin Abdul Manaf.
Pengasuh Pertama-
√Barakah Al-Habsyiyyah
(Digelar Ummu Aiman. Hamba Perempuan Bapa Rasulullah SAW)
Ibu Susu Pertama-
√Thuwaibah (Hamba
Perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua-
√Halimah Binti
Abu Zuaib As-Saadiah (Lebih Dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya Bernama Abu
Kabsyah).
USIA 5 TAHUN-
√Peristiwa Pembelahan Dada Rasulullah SAW Yang
Dilakukan Oleh Dua Malaikat Untuk Mengeluarkan Bahagian Syaitan Yang Wujud Di
Dalam Hatinya.
USIA 6 TAHUN-
√Ibunya Aminah Binti Wahab Ditimpa Sakit
Dan Meninggal Dunia Di Al-Abwa ' (Sebuah Kampung Yang Terletak Di Antara Makkah
Dan Madinah).
√Baginda Dipelihara Oleh Ummu Aiman (Hamba
Perempuan Bapa Rasulullah SAW) Dan Dibiayai Oleh Datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN-
√Datuknya, Abdul Muttalib Pula Meninggal
Dunia.Baginda Dipelihara Pula Oleh Bapa Saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN-(Setengah Riwayat Mengatakan Pada
Usia 12 Tahun).
√Bersama Bapa Saudaranya, Abu Talib Bermusafir
Ke Syam Atas Urusan Perniagaan.
Di Kota Busra, Negeri Syam, Seorang
Pendita Nasrani Bernama Bahira (Buhaira) Telah Bertemu Ketua-Ketua Rombongan
Untuk Menceritakan Tentang Pengutusan Seorang Nabi Di Kalangan Bangsa Arab Yang
Akan Lahir Pada Masa Itu.
USIA 20 TAHUN-
√Terlibat Dalam Peperangan Fijar . Ibnu
Hisyam Di Dalam Kitab ' Sirah ' , Jilid1, Halaman 184-187 Menyatakan Pada
Ketika Itu Usia Muhammad SAW Ialah 14 Atau 15 Tahun. √Baginda Menyertai
Peperangan Itu Beberapa Hari Dan Berperanan Mengumpulkan Anak-Anak Panah
Sahaja.
√Menyaksikan ' Perjanjian Al-Fudhul ' ;
Perjanjian Damai Untuk Memberi Pertolongan Kepada Orang Yang Dizalimi Di Makkah.
USIA 25 TAHUN-
√Bermusafir Kali Kedua Ke Syam Atas Urusan
Perniagaan Barangan Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah.
√Perjalanan Ke Syam Ditemani Oleh Maisarah;
Lelaki Suruhan Khadijah.
Baginda SAW Bersama-Sama Abu Talib Dan Beberapa
Orang Bapa Saudaranya Yang Lain √Pergi Berjumpa Amru Bin Asad (Bapa Saudara Khadijah)
Untuk Meminang Khadijah Yang
Berusia 40 Tahun Ketika Itu.
Mas Kahwin Baginda Kepada Khadijah Adalah
Sebanyak 500 Dirham.
USIA 35 TAHUN-
√Banjir Besar Melanda Makkah Dan Meruntuhkan
Dinding Kaabah.
√Pembinaan Semula Kaabah Dilakukan Oleh
Pembesar-Pembesar Dan Penduduk Makkah.
√Rasulullah SAW Diberi Kemuliaan Untuk
Meletakkan ' Hajarul-Aswad ' Ke Tempat Asal Dan Sekaligus Meredakan
Pertelingkahan Berhubung Perletakan Batu
Tersebut.
USIA 40 TAHUN-
√Menerima Wahyu Di Gua Hira ' Sebagai
Perlantikan Menjadi Nabi Dan Rasul Akhir Zaman.
USIA 53 TAHUN-
√Berhijrah Ke Madinah Al-Munawwarah Dengan
Ditemani Oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
√Sampai Ke Madinah Pada Tanggal 12 Rabiulawal/
24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
√Kewafatan Rasulullah SAW Di Madinah Al-Munawwarah
Pada Hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (Anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah Binti ' Umar (Anak Saidina ' Umar Bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (Digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (Digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa Yang Menghidupkan Sunnahku, Maka Sesungguhnya Dia Telah Mencintai
Aku. Dan Sesiapa Yang Mencintai Aku Nescaya Dia Bersama-Samaku Di Dalam
Syurga." (Riwayat Al-Sajary Daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia Agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA
LAHIRIAH.
Begitu Indahnya Sifat Fizikal Baginda,
Sehinggakan Seorang Ulama Yahudi Yang Pada Pertama Kalinya Bersua Muka Dengan Baginda
Lantas Melafazkan Keislaman Dan Mengaku Akan Kebenaran Apa Yang Disampaikan
Oleh Baginda.
Di Antara Kata-Kata Apresiasi Para Sahabat Ialah:
√Aku Belum Pernah Melihat Lelaki Yang Sekacak Rasulullah Saw..
√Aku Melihat Cahaya Dari Lidahnya.
√Seandainya Kamu Melihat Baginda, Seolah-Olah Kamu Melihat Matahari Terbit.
√Rasulullah Jauh Lebih Cantik Dari Sinaran Bulan.
√Rasulullah Umpama Matahari Yang Bersinar.
√Aku Belum Pernah Melihat Lelaki Setampan Rasulullah.
√Apabila Rasulullah Berasa Gembira, Wajahnya Bercahaya Spt Bulan Purnama.
√Kali Pertama Memandangnya Sudah Pasti Akan Terpesona.
√Wajahnya Tidak Bulat Tetapi Lebih Cenderung Kepada Bulat.
√Wajahnya Seperti Bulan Purnama.
√Dahi Baginda Luas, Raut Kening Tebal, Terpisah Di Tengahnya.
√ Urat Darah Kelihatan Di Antara Dua Kening Dan Nampak Semakin Jelas Semasa
Marah.
√ Mata Baginda Hitam Dengan Bulu Mata Yang Panjang.
√Garis-Garis Merah Di Bahagian Putih Mata, Luas Kelopaknya, Kebiruan Asli Di
Bahagian Sudut.
√Hidungnya Agak Mancung, Bercahaya Penuh Misteri, Kelihatan Luas Sekali Pertama
Kali Melihatnya.
√Mulut Baginda Sederhana Luas Dan Cantik.
√Giginya Kecil Dan Bercahaya, Indah Tersusun, Renggang Di Bahagian Depan.
√Apabila Berkata-Kata, Cahaya Kelihatan Memancar Dari Giginya.
√Janggutnya Penuh Dan Tebal Menawan.
√Lehernya Kecil Dan Panjang, Terbentuk Dengan Cantik Seperti Arca.
√Warna Lehernya Putih Seperti Perak, Sangat Indah.
√Kepalanya Besar Tapi Terlalu Elok Bentuknya.
√Rambutnya Sedikit Ikal.
√Rambutnya Tebal Kdg-Kdg Menyentuh Pangkal Telinga Dan Kdg-Kdg Mencecah Bahu
Tapi Disisir Rapi.
√Rambutnya Terbelah Di Tengah.
√Di Tubuhnya Tidak Banyak Rambut Kecuali Satu Garisan Rambut Menganjur Dari
Dada Ke Pusat.
√Dadanya Bidang Dan Selaras Dgn Perut. Luas Bidang Antara Kedua Bahunya Lebih
Drpd Biasa.
√Seimbang Antara Kedua Bahunya.
√ Pergelangan Tangannya Lebar, Lebar Tapak Tangannya, Jarinya Juga Besar Dan
Tersusun Dgn Cantik..
Wallahua'lam Bissawab..
Allahumma Sollia’ala Saiyidina Muhammad.
Indahnya ciptaan mu Ya Rab