♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

24 October, 2014

Selamat Tahun Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Petang..


Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 HIJRAH. 
Alhamdullillah... masih mampu beribadah. Mulakan hari ini dengan Semangat Baru. Apa sahaja pekerjaan yg kita lakukan, niatkanlah kerana ALLAH & bawalah ISLAM bersama (taat dgn syariatNYA) 

Ketahuilah Sahabat... Tanpa ALLAH, tanpa agamaNYA... kita bukan siapa2 Lepas Asar hari ni jangan lupa baca 'Doa Akhir tahun' dan perbanyakkan membaca Istighfar sehingga masuk Maghrib ye. Lepas solat maghrib baca pula doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak. Kalau dapat luangkan masa di rumah ALLAH, lebih indah. InsyaALLAH. Kita akhir kan tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat.

"Salam Maal Hijrah". 

Semoga ALLAH terima semua amalan kita pada tahun ini & Semoga tahun baru ini menjadi anjakan kepada kita utk bhijrah membentuk keperibadian yg lebih sempurna, tingkatkan amal ibadat semata2 hanya kerana DIA, jaga kedua ibu bapa sebaik & semampunya, jaga keluarga, jaga anak2. Membina & mengukuhkan Silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik lagi. Semoga kita diberikan Petunjuk, Taufik Hidayah & sentiasa dlm rahmat ALLAH SWT. Amin.... Amin... Amin.. Ya Rabbal Alamin "

Baca Doa Awal & Akhir Tahun kat sini

Saya minta maaf pd semua y mngenali.
Maafkanlah :')
#MaalHijrah1436
#SelamatTahunBaru
#SayyidulAyyam
#SurahKahfiJgnLupa