♥ Welcome ♥

♥ Pn Belog ♥

My photo
Salam Doploh Doploh TiGa. Owner Blog Kejap Ade. Kejap Takde.

31 October, 2014

Ya, Aku Masih Disini

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam petang..
maaf lama menyepi..


Luahan- dari hati ke hati blog.. maaf saya tidak sempurna :'(

Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.

Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan

Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.

Ya semua tak mudah.

Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH:-

bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.

Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.

Sedangkan,
Orang ingat,

Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.

Orang yang memandang itu tak tahu.Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar 
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita

Lalu,
ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.

Lalu,
bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.

Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.

Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi,
belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,

Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.

Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?

Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.

InsyaAllah. Aamiin Allahuma Aamiin..

Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.

Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik! Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.

Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.

"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"
#SayyidulAyyam
#SurahKahfiJanganLupa

27 October, 2014

Peperiksaan Akhir Tahun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Isnin..

Huhuhu.. CMa rasa nebessss sgt nih...
sebenarnya hari jumaat lepas dah terima jadual peperiksaan ni..mcm beselah, si seri yg solehah ni pantang dapat surat..kemain bebelannye pasal surat tu..tadah jer la terlinga..

rasa bederau jgk bila dapat jadual tu.. huhu.. tatau la pasal ape.. tp mmg rasa cuak.. walaupun dpt control sesikit.. tiba hari yg nk periksanye lagi rabak rasa jiwa..rasa mcm kita pulak yg menduduki peperiksaan.. hewhewhew.. ~ normal kut begitu >_<

sekian..
buat anak umi yg solehah dan bijak pandai, seri @Husnina Irdina Bt Hazlan, umi doakan semoga seri dapat menjawab soalan2 peperiksaan dengan tenang dan tenteram..InsyaAllah..mudahan allah memberi kelancaran dalam menjawab soalan hingga tamat periksa nanti..
P/S : ni baru periksa mase tadika.. kalau mase PMR or SPM ni mcm manelah gaya mak dia ni ye?? huuhuh

26 October, 2014

Resepi Agar-Agar Nutrigel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Ahad..

Ternampak Resepi ni kat FB.. ehehe..
Macam comel je bentuk pudding ni yer.. rupa Telur Mata!
Terpedaya bijik mataku..ekeke…

Ni cma share resepi Puding Nutrijell Telur Mata

Bahan 1 :
1bgks Nutrijel - klik kalo nk tengok rupe die
2cawan air
4sdb gula pasir
1sdt pewarna kuning nangka( pakai labu yg dilenyek) pn bole
2sdb susu tepung gandum (larutkn dgn sdkt air)

Bahan 2
1bgks serbuk Agar-agar
4cawan air
6sdb gula pasir
2sdb susu tepung (larutkn dg sdkt air agar xberketul2)

caranya:
Bahan 1:Masak Semua bahan hingga mendidih.tutup api.mskkn susu.kacau rata.

Bahann 2 :(agar2 wrna putih)
Campurkn semua bahan kecuali susu.masak hingga mendidih.tutup api.masukkn susu. Amik 1cawan agar2 yg masih panas masukkn ke dlm adunan nutrijel td.kacau rata.

Bekukan bahan 1 ke dlm bentuk bulatan kecil macam telur kuning stlh beku keluarkn.

Siapkn mangkuk kecil,tuangkn bbrpa sudu agar2 putih.biarkan sampai setengah keras.letakkn agar2 kuning nutrigell yg sdh di bekukan td diatas agar2 putih yg stgh beku td.biarkn sampai betul2 beku.
Siappp!!

Cma tak buat lagi.. share je dulu.. ehehe..comel sangat bentuknye…

24 October, 2014

Selamat Tahun Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Petang..


Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 HIJRAH. 
Alhamdullillah... masih mampu beribadah. Mulakan hari ini dengan Semangat Baru. Apa sahaja pekerjaan yg kita lakukan, niatkanlah kerana ALLAH & bawalah ISLAM bersama (taat dgn syariatNYA) 

Ketahuilah Sahabat... Tanpa ALLAH, tanpa agamaNYA... kita bukan siapa2 Lepas Asar hari ni jangan lupa baca 'Doa Akhir tahun' dan perbanyakkan membaca Istighfar sehingga masuk Maghrib ye. Lepas solat maghrib baca pula doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak. Kalau dapat luangkan masa di rumah ALLAH, lebih indah. InsyaALLAH. Kita akhir kan tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat.

"Salam Maal Hijrah". 

Semoga ALLAH terima semua amalan kita pada tahun ini & Semoga tahun baru ini menjadi anjakan kepada kita utk bhijrah membentuk keperibadian yg lebih sempurna, tingkatkan amal ibadat semata2 hanya kerana DIA, jaga kedua ibu bapa sebaik & semampunya, jaga keluarga, jaga anak2. Membina & mengukuhkan Silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik lagi. Semoga kita diberikan Petunjuk, Taufik Hidayah & sentiasa dlm rahmat ALLAH SWT. Amin.... Amin... Amin.. Ya Rabbal Alamin "

Baca Doa Awal & Akhir Tahun kat sini

Saya minta maaf pd semua y mngenali.
Maafkanlah :')
#MaalHijrah1436
#SelamatTahunBaru
#SayyidulAyyam
#SurahKahfiJgnLupa

5 Gangguan Syaitan Semasa Solat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam jumaat..

Perkongsian...

5 Gangguan Syaitan Semasa Solat

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
-Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
-Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
-Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
-Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
-Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk,lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”.

(HR Bukhari dan Muslim)
tertinggal satu lagi- menguap. menguap ketika solat juga merupakan tanda gangguan syaitan semasa solat..

#SayyidulAyyam
#SurahKahfi Jangan Lupa

23 October, 2014

Nasi Goreng Tumis


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis…

Uols Suka Nasi Goreng? Cma Sukaaaaaaaaaaa Nasi Goreng.. Lagi2 Kalau Mak @ En Alan Yg Buat.. Hahaha.. En Alan Bab Memasak Ni Kureng Ke Dapur.. Tp Kadang2 Kalau Beliau menggoreng Nasi, Punah Jugak La Diet Isterinya Ni..Ehehe… Cma Lagi Suka Kalau Nasi Goreng Tu Bersepah Dgn Sayur Berbanding Lauk2… Berselera Sungguh…

Dan Satu Lagi Peberet Cma Adelah Nasi Goreng Tumis.Nasi Goreng Paling Senang Gila Nak Buat *Tapi Tidak Gila Bila Memakannya* Haha.. Dalam Erti Kata Lain, Nasi Goreng Bujang Or Nasi Goreng Malas.

Bahan2 Die Cuma Nasi Dan Bawang Merah Kecik Tu. Hiris Bawang Merah,Goreng Dgn Sedikit Minyak Sampai Layu,Masukkan Nasi, Kacau Sebati, Bila Nak Angkat / Hidangkan, Perasakan Dengan Garam. Siap!.. Simple2 Pun Sedap Habaq Hang! …Mkn Time Panas2 Lagi Best Kalau Ada Ikan Goreng @ Ikan Masin @ Telur Goreng .. Hahaha..

Lazattt…. Seri Dan Faiz, Makan Bertambah Dgn Nasi Goreng Ni…Tapi Abah Diorg Iaitu En Alan.Tak Suka.. Die Suka Kalau Ada Bahan2 Yg  Bertumbuk2 Bagai Tu..Ehe..
Cma Kalau Buat Nasi Ni Suka Guna Lebihan Minyak Yg Kita Goreng Ikan Tu.. Lg Sedap..

Ehehe..Sekian Hasil Perkongsian Resepi Malas Dari Saye…
Auuuummmm :P

21 October, 2014

Penguin vs Batman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Selasa...
heh:?:? :D
Wuuuu..saket pewot makan #JerukManggaAsamBoi tu la... huk huk huk.. sedap2..tp bahayeeee...bukan sebab masam..tp sebab bercampur2 rasenye..
masam ada..manis ada.. masin ada..

hahaha... tp klu setakat nak rasa.. buleh la.. ciked ciked.. dah try buat?? cma ada resepinye kat sini -> Resepi Jeruk Mangga Asam Boi.. Mabelesssss...








okeh..entri santai2.. belanje gambar arjuna CMa nan Sorang ni..
udah ghope penguin bile pakai sweater dgn helmet tu.. kuikuikui..



20 October, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Ahad...... 😘😘



fenomena sekarang ehh jeruk ni... cma mula2 tu tahan lagi... pastu asyik terrrrrtengok aje kt Instagerem ngan pesbuk...langsung,dah ghope org mengidam plak... ahaha...😜😜

Ni cma nak share Resepi Jeruk Mangga Asam Boi .. sape2 yg terlio mcm cma ni buleh la g carik bahan dgn kadar segere...ekkke..(gambaq ihsan dr kak yana)



16 October, 2014

Cara Nak Kembalikan Komen Yang Terpadam


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Khamis.. 
Tak tau nak keriau lagu mana dah.. huhuhuh…
Selalu baca blogger yg lain yg kena..
La ni, kena kat batang hidung sendiri..

Sekarang baru tau perasaan tu mcm mana..earghhhhh

Maaf ye uols.. terutama anda2 yg komen dan selongkar habis setiap entry CMa yg sudah2 tu,
Bukan cma verlagak diva tak mau approve, masalahnye, cma dgn tidak sengaja menghala pointer tetikus tu, pi tekan butang ‘delete’ .. ya allah… sodihnya ghaso..

Sebelum ni pernah jugak alamai..tp sikit terasa sbb sekali buat 5 komen padam,sekali lagi terbuat, 7 komen padam (walaupun sikit ttp jugak rasa sentap) tetapi kali ni yg terasa teramatttttt sangat..
Sekali lagi, maaf, kalau uols rasa mcm dah komen jer entry ni tp cma tak publish, tp tengok ade komen lain yg komen selepas uols komen tu, tandanya cma TERDELETE. TIDAK SENGAJA..
Mohon jangan ada yg terkecil hati..huhu…mohon sangat :’(

Sekian.. itu sahaja yg nak diluahkan..
Ralat sungguh rasa..

P/S : Cma dah cuba selongkar kesana kemari. Scroll sampai kebas2 kuku
*ok ini tipu*
Google sana, google sini,tp tetap tak jumpa CARA NAK RECOVER KOMEN YANG TERDELETE.
Kalau ada yg jumpa pun, CARA NAK RECOVERY ENTRY YANG TERDELETE
Mohon, kalau sesiapa yg tahu caranya, share dgn CMa, CMa dahului dgn ucapan setinggi2 terima kasih…allahu…



14 October, 2014

Isi Petrol Anda Dalam Liter Dan bukan Ringgit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam selasa..

"Dik, Pam 2 rm40" eecece..[konon nk pegi isi minyak kete]

Oho... baru tau..tak sangka ye.. bleh jimat (walau tak banyak) dengan pengisian petrol macam ni..
petrol baru jer naik 20sen.so, bleh la berjimat *sikit*

Amalkn pengisian Minyak (Petrol)  dlm jumlh liter, Bukan Dalam ringgit.

Contoh:
Pergi ke kaunter, ckp nk isi 20 liter. pastu byr RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, krn jmlh minyak yang masuk adalh 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan shj.




Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen mykk dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 org, kalau 1p hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkn, brapa byk stesen minyak akn untung ats selisih kiraan jumlah liter ini.

Sbb itu stesen myk selalu bt program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi myk mengikut nilai rm, bkn ikut nilai liter.

Isi dalam liter.

1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter 
isi rm69 jadi 30 liter
kalu isi 35 liter darab dgn rm2.3.
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah trdekat.
contoh 31.777 liter.
rugi sikit, tp kalu tiap2 hari tokey stesen minyak yg untung..

ehehe.. betul ke cara pengisian mcm ni? ermmm...
"dik,pam 2 8Liter " wehehehehe


13 October, 2014

Bila Tersalah Taip -> TYPO !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Isnin..



hehe..honestly, CMa tak perasan sebenaqnya pasal typo - typo ni .. tu pun bila ade kawan yg selit dlm group wasap.. ehehe.. biaselah.. manusia dan kesilapan tak dapat dipisahkan...






err... tiada niat nk memperlekeh atau meng tertawakan sesiapa.. cuma nak berkongsi.. BIASELAH kalau tersalah taip...tak perlu nk meng condemn sesiapa derr..tapi tu lah..yg salah jgk sentiasa teringat2.. :p

Why so 'RUDE' ?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam aHad..
diriku kerjaan hari ni..


entri santai2..cma suka pulak dgr lagu ni ..hihihi..



Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit
Got in my car and raced like a jet
All the way to you
Knocked on your door with heart in my hand
To ask you a question
'Cause I know that you're an old-fashioned man, yeah

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is 'No'

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude

I hate to do this, you leave no choice
Can't live without her
Love me or hate me we will be boys
Standing at that altar
Or we will run away
To another galaxy, you know
You know she's in love with me
She will go anywhere I go

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, 'cause the answer's still 'No"

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Rude

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say, I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but 'No' still means 'No'!

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so rude?


Selamat berhujung minggi semua..
kat petaling jaya sini JEREBU teruk.. :'(

10 October, 2014

WhatsApp PLUS (Baru)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...

Hehe, org len dah lama guna/ tau psl WhatsApp PLUS ni, cma baru terhegeh-hegeh nk catch up pasal apps ni.. out of date betul la.. hahaha.. abaikan..

Beza dgn WhatsApp yg lama, WhatsApp PLUS ni icons die lebih menarik, ada themes yg blh kita pilih, interface dia pun bleh thn.. kalau ade kekawan kita yg dah install apps ni, hantar icon ke kita, kita tak kan dapat view icon tersebut.Ada cara nk install Apps ni Ye..Sesape yg belum install WhatsApp PLUS baru ni, moh le kite sama-sama melihat caranye..


Nota :-
Sebelum install Apps Ni, uols kena clear segala-gala conversation yg ada,lepastu uninstall WhatsApp yg lama tu, kemdian baru install WhatsApp PLUS ni.
ni contoh interface WhatsApp PLUS
ni contoh interface WhatsApp PLUS
ni contoh interface WhatsApp PLUS
 

Cma belum buat lagi, hehe.. byk benau conversation yg nk di clearkan.. hold on dulu..ada kawan, and kawan kat opis dah donlod.. derang cakap ok..
kalau uols pun nak download atau nk tau lebih lanjut pasal WhatsApp PLUS baru ni. leh je klik SINI.
Sekiranya berlaku apa-apa masalah setelah uols install apps ni, cma tidak bertanggung jawab ya..risiko diatas diri sendiri..Macehhh :p

08 October, 2014

Great Relationship at Work (GROW)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam Selasa..

Masih bercuti lagi uols? Untong lhaaaaa… ehehe.. CMa dah mula kerja ni..
Lagi best,ada lagi training.. 2 hari pulak teww.. ari ni dan esok..hewhewhew..
Lagi Lagi Training… ehehe.. Training lah sampei lobamm..

Selamat bercuti / beraya buat uols yg masih bercuti.. *jeles disini*
Selamat bekerja buat uols yg dah mula bekerja *sepp sikit*
Hihi..

Selamat bertraining buat diriku… hew hew hew hew


05 October, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam aidiladha semuanya…


Kejaps je kite dah meraikan raya haji..eheh.. rase mcm baru jer semalam sambut syawal..
Cma tak kemana2 pun raya haji ni.. duk umah jer..

Kejap nanti ada program Qurban & Aqiqah kat bawah.turun jgk bwk anak soleh dan solehah ni tgk lembu kena sembelih..
Tapi bukan cma la yg tgk..hubsy .. cma mabuk tgk darah..lagi2 darah yg fresh mengalir.. wuuuhuuuuuu :’(

CMa mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..
Sama2 kita salami dan hayati erti ‘Perngorbanan’ sebenar. 

كل عام و انتم بخير..


03 October, 2014

Nuffnang Demam eh?.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalammualaikum,
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam Jumaat..

Ehehehe… Nuffnang ni Demam Eh? Ke kena Chikungunya? Ehehehe… jahat CMa ni ckp Nuffnang cenggitu..

Terkujat iols tgk earning Ada 4 CPUV / Buffered Earning melekat sekali gus untuk bulan oktober ni.. Pelik jugak,, entry dekat 6 hari tak berhapdet.. UV toksah citer la.. mmg dok takat 80 tu jer.. ehehe.. lagipun tgk iklan tu sama je.. mungkin tersalah agaknya… mungkin la…earning pun ttp angka 0 jgk. kikikiki…

Apepun, Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah utk rezeki ini.. dan terima kasih Nuffnang utk ads ni.. cheq tak komplen haih… sukaaaaa.. hahaha… meh bubuh byk2 lagi iklan *tamak* hohoho…

Ofkoz iols eksaited dpt BE/CPUV 4 sekaligus.. huhuh.. lainla uols.. sekali masuk 4-6 Campaigns ape ade hal.. kensss..ekeke..


Sedikit perkongsian utk hari ni..
Pembaziran tatkala berwudhuk.. ingat pesan rasullullah s.a.w jgn membazir sekalipun mengambil wudhuk..
Peringatan utk diri sendiri & jgk sahabat2 cma yg baik hati semua. :) 
 
Selamat Berpuasa Kpd sesiapa yg berpuasa Arafah Esok :)

#SayyidullAyyam
#SurahKahfiJanganLupa Ya :-)

02 October, 2014

Set berpantang pilihan.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalammualaikum..
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa hendaknya…
Salam khamis…



To be honest, waktu cma berpantang dulu2 tak pernah stick dgn mana2 set berpantang.
1st time lepas bersalinkan seri, cma just minum air rebusan akar kayu periuk & mkn manjakani.Rasa dia? Pergghhhh.. ½ bulan jer disiplin.. lepas tu, hanyut.. :p

Masa bersalinkan faiz pulak, cma mmg tak amek apa2 jenis jamu or rebusan akar kayu.
Zero, nothing.. sebab faiz jaundice & ada penyakitG6PD .. cma mmg elakkan makan rempah2 yg ada sebarang jamu.. sbb pernah sekali cma terrrmakan manjakani, badan faiz pucat lesi lepas menyusu..Effect tu tak lama, elok 1/2jam lps menyusu muka dah naik biru..

Kebetulan misi dtg periksa hari tu, teruk la kena.. hadap jer la..ade lah juga berkepuk2 nasihat dia bagi dan cara penjagaan bby yg ada penyakit G6PD ni.. utk pengetahuan uols, penyakit G6PD ni adalah sepanjang hayat..dan tak boleh diubati.. kiranya…makin besar, makin kurang la effect pd si pesakit.

Mcm umur faiz sekarang 4 tahun, tak leh pegang sebarang ubat nyamuk lingkaran, ubat gegat, jamu, or mkn kacang parang. Kalau tak, sel darah merah pecah,badan pucat lesi, kulit jadi kemerah2an dan kalau teruk sampai muntah berdarah.

Disebabkan itu,Terpaksa stop susu badan, bg susu formula dlm sehari dua..mana susu yg diperah tu, buang saja.. menbaziaq sungguh… huhuh..

Oh..lari dari tajuk pulak.. yg sebenarnya cma nak Tanya kengkawan yg ada pengalaman menggunakan apa2 set lepas berpantang,. Yg pastinya bukan cma yg nk guna.. ahahah.. ni kawan tempat kerja..bby sulong.. pengalaman pun tak dak lagi.. so dia Tanya cma apa set berpantang yg worth it.

Feedback dari kawan2 cma :-

Nona Roguy
Tanamera
Salindah
Anugerah

Ada sesapa kat sini pernah guna selain dari set2 ni or.. pernah guna set yg sama? Bleh share feedback tak?

Cma dahulukan dgn ucapan terima kasih daun keladi… nyam nyam nyam…


01 October, 2014

1.5 Jam Sahaja tempoh waktu kita hidup.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam pagi rabu…



Hello monstober ehehe.. kejap jer dah masuk bulan October kan…
Ternyata Cuma 1.5jam saja umur kita hidup didunia ini..

Sila rujuk ayat 47 surah Al-Hajj (tafsir dan terjemahan sekali)
Jom kita lihat berdasarkan Al-Quran sebagai sumber kebenaran- absolute

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat =1000 tahun dunia
3 jam akhirat =125 tahun dunia
1.5 jam akhirat =62.5 tahun dunia

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja. Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu.

Allah swt berfirman :-
“kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini ( tentulah kamu bersiap sedia)”
~Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita ini.



Kuat fikirkan akhirat.
Kerana dunia ini tempat yg akan kita tinggalkan.

Fokus akhirat.
Itulah tempat kita dihidupkan kembali & tak akan mati2 lagi…
Syurga atau neraka menanti.

Pilihan harus dibuat disini…
Di dunia ini..
Peringatan & ini sebenarnya untuk diri cma sendiri..
Semoga bermanfaat utk semua yg membacanya.