السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya...
Salam Jumaat...
Tujuan Solat Tahajjud
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
Solat
Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan,
dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar
dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah
SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang
terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1.
Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
.
Tiada
Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi
dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah
padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan
petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan
rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah
tempatku kembali.
.
.
2. Niat
Solat Tahajjud:
Daku
bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.
3.
Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
a)
Rakaat
pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat
pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
10
Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah
SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas
membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3
kali:
.
.
5.
Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW
ini:
.
.
6.
Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Ya
Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam
semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit
dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji,
Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah
segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu
adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka
adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan
adanya hari Kiamat itu benar.
Ya
Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku
bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan
kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang
terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau
lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada
Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan
Allah!
Ya
Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah
kami dari azab neraka.
Selawat
Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para
sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh
alam.!
~ sayyidul ayyam... surah kahfi jgn lupa ya!
Sumber : Syafiq Qolbu