Assalammualaikum…
Semoga senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat
allah yg maha esa hendaknya…
Salam Petang..
Surah Kahfi.
Terus terang, zaman Jahilliah dulu, cma tak tau Surah
Kahfi ni, surah yg mana.. dan ape kelebihan menghafal dan mmbaca Surah Kahfi
pada setiap Hari Jumaat.Teruk betul la haiihh… huhu..
Meh cma nk kongsi bersama kelebihan mmbaca Surah Al-Kahfi~
Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di
malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkan membaca
surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga
sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di
garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.
Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di
hari Jumaat:
1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak,
dari kaki hingga ke langit
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat."
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)
2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya
kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.”
(Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)
3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal
Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”
Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan
surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)
Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah swt:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan
surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan
sebahagiannya dalam bentuk cerita.
Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam
surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang
mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah
si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada
ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang
berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji,
hendaklah mengatakan “InsyaAllah”
Ia suatu kalimah yang sangat penting.
Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah
al-Kahfi ialah kerana Nabi Muhammad (S.A.W) ditanya oleh orang-orang musyrik
tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang roh.
Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi Muhammad (S.a.w)
tidak menyebut “InsyaAllah” tatkala
berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan
agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi Muhammad
(S.A.W) menyebut “InsyaAllah” tatkala
berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan
tersebut.
Wallahuallam..
Jika ada ingin di perbetulkan,mohon pencerahan..kita
share sama2 ilmu yer.. terima kasih.. :)