Assalamualaikum...
Semoga senantiasa berada didalam
lindungan & rahmat allah yg maha esa hendaknya..
Salam Pagi jumaat.. ^^
Nah..gugel sana, gugel sini, cma terjumpa
1 artikel. Panjang berjela habaq hang..tapi tak rugi baca.. ILMU ni..
Meh CMa nk share dgn uols semua.. jika
ada yg perlu diperbetulkan, jangan malu jangan segan, mari kita berkongsi ilmu..
Bismillahirahmanirrahimm....
Di depan mata saya, berbagai ragam
kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai
di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah.
Langsung tidak ada ketenangan ketika
mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti
melepaskan ‘beban’ yang terpaksa
dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya
ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak
sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat
sujud.
Saya tidak
mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu
menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya
tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan
yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan
dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Ini kerana
solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh
baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan
terhadap diri sendiri.
“Yang pertama sekali akan
dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah
seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang
lain.”
BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1.
SOLAT
TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong
dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.
2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan
kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.
3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH
MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil
berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka
solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.
4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita,
melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan
Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua
tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk
rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya
setentang telinga berdasarkan hadis...
6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi
tangan di dada.
7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita
berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan
kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya,
hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.
8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan
surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia
menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.
9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al
Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah.
Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan
‘isyak.
10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca
Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan
panjang."
11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah
orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah,
bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu
mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”
12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan
untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan
tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak
kaki."
13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke
lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai
bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak
telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah
SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan)
seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki
depannya). "
14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat
antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah
do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil
berdoa kepada Allah Ta’ala.
15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA
DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk
dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu
duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan
ke Kiblat.
16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan
menyelak rambut (ketika sujud) agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi
sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan
dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat
tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.
17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu
bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang
ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus
(sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW
bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.
18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA
BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak
kaki kiri) sedangkan pada tahyatakhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri
dihamparkan ke samping kanan dan dudukdi atas lantai, pada masing-masing posisi kaki
kanan ditegakkan.
19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca
tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah
Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai
tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara:
Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam,
siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid
Dajjaal."
20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu
muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang
saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas
Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda
menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.
21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke
rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya
bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum
imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah
SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW
meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak
sujud.”
22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah
apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW
menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu
apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada
harus melintas di hadapannya.
23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu
keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah
di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya,
kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).
24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK
KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan
betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat
berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat,
tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri
menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju
mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”
25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa
yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan
azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah,
maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan
“tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda
Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.”
(Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu,Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur
yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang
dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?”
Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat
Imam Abu Dawud)
26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut
ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati.
Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab
berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya
wajib.
27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA
MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW
menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun,
kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.
28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin
kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi
mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi
kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”
29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap
yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan
solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula
solatnya.
30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan
makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah
kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini
ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah
SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia
(makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).
31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu
atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka
keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya
tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah
diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."
32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak
memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir
solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan
yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam
beragama.
Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita
akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan
sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita
kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari
solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat
33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat
dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda;
"Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya
atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya.
Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang
dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi
sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang
kepada urusan dunia. Merekamembuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat
nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengahmelaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan:
Itulah di antara yang disebut mabuk.
34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat
fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih
dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan
solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu
(sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan
dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan
di rumah.
35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia
berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia
mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian
itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk
mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).
KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa
dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana
penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat
bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak
mengabaikannya.
36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan
kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di
shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat
pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan
Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang
buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.
37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah
selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya
secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada
Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar.
Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu,
lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat
duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di
lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”
“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu
mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih
di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w
bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat
maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga
kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih)
38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah
menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW
ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara
beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab
yang betul.
BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan
yang berlaku ketika kita mengerjakansolat, sama ada kita sedari atau tidak, telah
menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat
solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu
mendalami ilmu solat yang sebenarnya.
Sekian Ilmu utk
hari ni.. sekali lagi cma berpesan sekiranya ada yg perlu diperbetulkan, sila
beritahu ya..