Semoga
senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah yg Maha esa hendaknya...
Tanpa buang masa, kita continue Part II
Cara Mudah Wanita Dibogelkan..
Jom... Mana yg terlepas, ini (PART I)
2.
Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain
yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian
aurat tubuhnya.
Pertama:
Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju
panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit
bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas
mata kaki, barulah agak longgar ...
Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai
baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah
tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya
dengan tudung. "
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan
ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan
sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua:
Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan
ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali
berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan,
buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau
langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg
lebih menarik.
Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran?
Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.
Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga
separuh betis. "
Ketiga:
Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah
berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang
si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi
dahulu.
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut,
"Ah jelas tidak,
kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat
pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan
menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak
lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau
perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "
"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi
kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum
lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita
mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi
sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang
terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini
bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion
pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik,
membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita
moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
ketinggalan zaman. "
3. Serba
Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi
pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan
syaitan yg lain.
"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang
itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian
bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan
tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai
fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka
ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi,
pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak
ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada.
Model dan warna rambut
juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya
mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di
kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya
dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan
buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini".
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan
syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan
Kaum Wanita" tercapai.
"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu
semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri
kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau
sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu"
kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.
Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan,
sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita
muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan,
baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sekian..Anda baca, Anda Faham..
Opss..Lelaki juga ade AURATnya.. :) |
NotaComot~ Cma... Perbaikilah pakaian kamu..
jgn berpakaian tapi telanjang,,
Jaga maruah ibu bapa & juga suami
mu... Ingat tu sayang ~ Sayang... ;)