Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi
untuk dia sentiasa menjaga solat.
Al - kisah. Ceritanya bermula begini.
Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun.
Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah
dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.
Caranya seperti gambar dibawah :
1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis
dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada
kepala.
2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di
bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.
3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di
bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.
4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di
bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.
5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki.
Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :
Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus
menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak
mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada
kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah
jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..
Notacomot~ Mudah-mudahan... :")