Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum…
Semoga
uols senantiasa berada didalam lindungan dan rahmat allah yg maha esa selalu…
Salam
pagi Jumaat (^_^)
Jalan2
kat FB terjumpe sesuatu yg menarik utk di share..semoga bermanfaat buat kita..
dan utk mereka yg dlm perancangan utk menimang cahaya mata.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dinikahi
kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya."
Pilihlah
wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua,
hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada
gangguan syaitan.
Rasulullah
SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda:
“Sekiranya seseorang di antara
kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah,
Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya:
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah
syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami."
Jika
Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan
tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga,
hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian
itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan
diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat,
seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak
melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima,
hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada
perempuan atau lelaki.
Kerana
ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan.
Sikap
ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi.Orang Quraisy pada zaman jahiliah
apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya.
Begitu
juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang
sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan
berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak
senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada
anak tersebut.
Keenam,
memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang
baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk
kehidupannya kelak.
Oleh
itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur
menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal
kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan
perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh,
memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan
perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan
mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan,
memberi pendidikan agama yang cukup.
Kesembilan,
menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu
untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam
KopiPes
dari SINI
Notacomot~
Selamat berweekends :)