السلام عليكم ورحمة الله.......
Salam hari Jumaat..
Semoga kaian semua berada dalam lindungan dan
rahmat allah yg esa selalu..^^_
|
google ads |
Jumaat sudah..huhu…tadi jalan2 pusing
FB terjumpa satu share ni dan cma ingin share bersama uols..
~18 sebab jin merasuk manusia ~
WANITA
suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin
untuk dipikat.
Salah
seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor,
Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan
makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah
bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk
mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin
sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar
berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan
peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut
Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia
sudah terpikat.
“Bila
sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus
bersarang di dalamnya,tambahnya.
Lazimnya,
kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai
pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia
yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding
diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut
Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai
cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang
lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk
melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz
Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1.
Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2.
Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3.
Meninggikan suara dalam bilik air
4.
Menangis dan merintih sebelum tidur
5.
Membuang air panas ke dalam bilik air
6.
Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7.
Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8.
Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9.
Selalu bertengkar suami isteri
10.
Terlampau marah
11.
Mengikut hawa nafsu
12.
Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13.
Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14.
Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15.
Perempuan suka bersolek
16.
Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17.
Jin jatuh cinta pada manusia
18.
Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau
juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam,
hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak
menentu.
Mimpi
berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing,
ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga
dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema
berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir
dan solat,katanya.
Selain
itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar
dikesan oleh doktor.
Lain
lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah,
tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan
tertentu.
wallahhualam....