Hai
readers...semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat allah yg esa
selalu..
Salam tgh hari jummat..
google ads |
Jumaat
yg petama bagi tahun 2012.. Alhamdulillah...Kita masih disini..sihat
wallepat liat dan masih berblog.. =)
Jom
cma nak share…
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum,
ketika dan selepas tidur.
- Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
- Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
- Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun)Â tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night
cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Ha…ini utk KAMU wahai LELAKI..
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah.Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur
meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat
akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya
bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri
kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih
Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat
mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada
Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :
Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk,
hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang
bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan
sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.
google ads |
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan
aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat
menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan
itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat
sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur .
Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan
yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada
gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika
mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh
menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh
menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun
.
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke
bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang
harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman
untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak
melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan
beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan
membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur
anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal
membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan
itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana
tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga
kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca
surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun
awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat
subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu
paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia
lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah
mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit
regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Sekian sahaje utk di share..
Notacmot~alhamdulillah..mmg
amalan..walau kadang2 ter miss..
Hehe.. =)