huhu..bersiaran jap..selamat ptg readers.....semoga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat dan dilindungi allah selalu...
ramai yg dah tahu pasal ni..ramai juga yg belum tahu..cma pun baru tahu..pegi mana2 pesbuk,semua dok cerita pasal sambutan hari ibu adalah haram!oke..xmau citer byk..meh kita baca satu notes yg cma copy bulat2 dr pesbuk..kita baca sesama ekh!
google ads |
Sejarah
hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang
Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan
sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap
Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari
atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan
berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary.
Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus
yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut
juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja
sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga
kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan
dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan
untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan
ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu
sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular
ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada
Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung
yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang
kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun
dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf
dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika
Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The
Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907
Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan
Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton,
West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun
kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna
Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara
meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada
tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan
wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara
rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti
raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian
besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,
tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan
Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
tu dia..apa benar??cma pun xtau kesahihannya..skrg ni cma dok google pasal hadis2 @ ayat2 alquran yg mengatkan sambutan hari ibu sedunia ni haram..tp tu la..lebih kurang cam sambutan valentine's day jugak..sambutan hari kekasih sempena memperingati kematian valentine...
google ads |
apepun uols...kita ni jgn cepat melatah..tp kena ingat satu..apa2 niat pun tidak menghalalkan cara oke!sendiri bacab,sendiri fikir,sendiri nilai~
notacmot~so..apa pandangan uols??share2 ckit..