♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

05 July, 2014

Resepi Bebola Bijan (Buah Rotan)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Senantiasa Berada didalam lindungan Dan rahmat allah yg maha esa hendaknya... Salam sabtu..
share resepi lagi..




Resepi Bebola Bijan

bahan:-
200 gm tepung pulut
3 biji telur
4 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur makan
bijan secukupnya
cara:-
  1. kacau gula dan telur dgn hand whisk hingga gula hancur, campurkan air kapur dan garam.
  2. masukkan tepung dan jadikan doh yg boleh dibentuk,doh hendaklah di masukkan dlm bekas bertutup atau plastik supaya doh tidak kering atau keras.
  3. bilas bijan dgn air dan toskan,taburkan bijan dlm dulang dan ambil secubit doh sebesar telur cicak [ bila siap digoreng ia akan sebesar ibu jari ] .
  4. golek golekkan doh atas bijan.basahkan tangan dgn air dan kisarkan tangan atas buah rotan [ tekan sedikit buah rotan sambil di golekkan atas bijan supaya bijan melekat dan tak tanggal semasa proses mengoreng nanti ].
  5. goreng dalam minyak panas dgn api sederhana hingga warna keperangan
sekian..

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥