♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

09 April, 2012

✿ Dapat 2 juta sterling pound!!! ✿

السلام عليكم ورحمة الله........
Salam pagi isnin..

Semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat allah yg esa selalu...
Okeh..kelmarin ade godek2 emai yahoo..tertiba dapat emai daripada Pn. Siti Zaleha Md Desa.
Dia berbesar hati nak bagi cma 2 juta sterling pound?Errr....Hmm..Meh kite baca email yg dihantar... :-


Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Siti Zaleha Md Desa
From: Malaysia

Okies....Dear Puan Siti Zaleha Md Desa..Dermakanlah duit tu ke rumah anak2 yatim yg berhak..
Hehehehehehehe..Ini lah 1 lagi email phishing yg semakin berleluasa sekarang..Tunggulah..mesti uols pun akan dapat @ pun uols dah dapat??

Cma dok google nama Pn Siti Zaleha ni..terjumpa seorg wanita yg bekerjaya..Ntahlah..mungkin hacker2 gunakan nama dia utk sebarkan email karut ni..

Aduhai...oh 2 juta pound sterling!!!!! eKekekeke :p  

♥ Best Pings ♥

♥FaceBook ♥

♥ Library ♥