♥ Pn Belog ♥

My photo
Assalammualaikum :) Saya CMa, Ummi Seri & Faiz, 32 tahun 2017, Salam Perkenalan.. ^_^ ////Comment Disable. Sekiranya ada pertanyaan atau sebarang maklum balas, bolehlah berhubung dengan CMa di :- Shiemacma@gmail.com mekasih :)

10 February, 2012

✿ Solat sambil mendukung bay i✿

السلام عليكم ورحمة الله.............
Hai readers... Semoga kalian semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah yg esa selalu..
Alhamdulillah...Salam hari jumaat... ^_^

Solat sambil mengendong bayi... Islam itu Mudahkan.. :)

Solat Sambil Mendukung Bayi

CARA MENGENDONG BAYI KETIKA SOLAT

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya, tukarkan dahulu dengan lampin @ pampers yang bersih)

2.Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi

3.Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat

4.Bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri
lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya

5.Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya

6.Laksanakan seperti itu hingga solat selesai

Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketika baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan). Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

ü  Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
ü  Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
ü  Dada sentiasa mengadap kiblat.

Cma percaya ade ibubapa diluar sana mengalami masalah susah nak solat bila anak kecil memerap/menangis.. Semoga perkongsian ini dapat membantu.. Bagus utk cma jugak ni..

Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t..Yang terkurang tu datang dari cma sendiri..
Sharing is caring..

Sumber=  amek kat cni

♥ Library ♥

♥ Traffic ♥